Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Uji Langganan Berbayar Untuk Kandungan Ekslusif Individu, Mahu Bantu Influencer Cari Makan

Instagram Uji Langganan Berbayar Untuk Kandungan Ekslusif Individu, Mahu Bantu Influencer Cari Makan

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh Meor Hasyim

Instagram kini dilihat sedang menguji ciri langganan berbayar untuk individu pempengaruh dinamakan Instagram Subscriptions.

Ciri ini buat masa ini sedang diuji di Amerika Syarikat dalam kumpulan kecil sekitar 10 orang individu.

Melaluinya, ia membenarkan pempengaruh untuk menawarkan kandungan berbayar ekslusif seperti Instagram Live atau Stories.

Instagram Uji Langganan Berbayar Untuk Kandungan Ekslusif Individu, Mahu Bantu Influencer Cari Makan

Pengguna yang melanggan pempengaruh itu juga akan menerima lencana khas membantu mereka menyerlahkan diri apabila membalas dalam ruangan komen.

Mengenai harga langganan, dikatakan terdapat 8 tingkat harga bermula $0.99 sehingga $99.99 di sana.

Menurut Instagram, pengguna yang berkongsi semula kandungan berbayar adalah menyalahi undang-undang dan digalakkan untuk melaporkan mana-mana pengguna yang menangkap layar atau merakam kandungan berbayar itu.

Namun begitu, sementara ini Instagram masih tiada cara atau teknologi untuk mengelakkan dari kandungan berbayar dikongsi semula oleh pengguna tidak bertanggungjawab.

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Lagi Laju Dari WiFi 6, MediaTek Akan Lancar Peranti Dengan WiFi 7 Tahun Depan
  • Harga Tag RFID Touch ‘N Go Mungkin Akan Dikurangkan Selepas Perbincangan Dengan LLM
  • Aplikasi Untuk Olimpik Beijing Tidak Selamat, Maklumat Peribadi Pengguna Bocor

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY