Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram tiktok

Instagram Sedang Uji Mod Baharu Yang Hampir Sama Macam TikTok

Diterbitkan Jun 17, 2022 oleh Nadiah Ab

Instagram dilaporkan sedang menguji mod skrin penuh (full-screen mode) baharu untuk feed dan bar navigasi yang dikemaskini dengan harapan dapat menjadikan kandungan pada platform lebih mudah ditemui.

Ujian itu, yang telah dilancarkan kepada sebilangan pengguna dipercayai adalah usaha terbaru Meta untuk bersaing dengan TikTok apabila dikaitkan dengan video sosial.

Jika dilihat, video dari feed dipaparkan hampir keseluruhan skrin penuh semasa menatal, dengan bar navigasi masih ada di bahagian bawah skrin.

Kapsyen, serta butang yang membolehkan anda menggemari atau komen pada video, akan muncul di sepanjang bahagian bawah, dan logo Instagram serta butang atas yang lain akan kelihatan terapung di bahagian atas.

Bulan lalu, Instagram telah menguji reka bentuk yang bertujuan untuk menyerlahkan video, walaupun masih mempunyai bar putih di bahagian atas dan bawah skrin.

Bar navigasi utama juga masih kekal di bahagian bawah, manakala Instagram berkata mereka merancang untuk juga menguji pintasan untuk membuat hantaran atau menghantar mesej.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, berkata bahawa foto masih bahagian penting Instagram dan syarikat sedang berusaha untuk menjadikannya lebih serasi dengan mod skrin penuh.

👀https://t.co/PE3oNberp4 pic.twitter.com/z6LWdMpcAE

— Instagram (@instagram) June 16, 2022

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Instagram Lancar ‘AMBER Alerts’, Bantu Kes Penculikan Kanak-Kanak
  • Kemas Kini Terbaru Instagram Bawa Sesuatu Yang Nyata Tapi Mungkin Anda Tidak Perasan
  • Cara Padam Akaun Instagram Buat Selama-Lamanya, Jangan Buat Kalau Tak Nak Menyesal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY