Instagram Muncul Dengan Ciri Zoom







Sebut sahaja
Instagram, pasti ramai yang sudah tahu aplikasi perkongsian foto yang sangat
popular ketika ini. Mungkin bagi mereka yang berumur ia sesuatu yang asing,
tapi bagi pengguna telefon pintar yang lain Instagram bagaikan aplikasi wajib
yang perlu ada dalam peranti mereka.





Berita baik buat
penggemar Instagram, aplikasi itu kini mempunyai fungsi zoom yang membolehkan
anda melihat foto dan video yang dimuat-naik secara lebih dekat.
Walaupunbegitu, ciri ini hanyalah untuk pengguna peranti iOS yang sebelum ini
terpaksa menukar tetapan telefon pintar mereka dan menyentuh gambar sebanyak 2
kali menggunakan 3 jari! Susah bukan?





Ciri zoom yang
baharu diperkenalkan ini sangat mudah dilaksanakan. Pengguna hanya perlu
menggerakkan 2 jari sama seperti yang anda lakukan pada aplikasi lain. Tetapi
perlu diingat, lakukan ia dengan betul kerana anda pastinya tidak mahu tertekan
like pada foto bekas teman wanita
anda.















Kepada pengguna
Android jangan bersedih kerana Instagram sedang berusaha untuk mengemaskini
ciri tersebut untuk platform telefon pintar anda itu dan dijangka hanya
beberapa minggu sahaja lagi sebelum anda dapat menikmatinya.