Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ford: Kami Bakal Hasilkan Kereta Automatik Tanpa Stereng, Pedal Minyak Dan Pedal Brek Pada  Tahun 2021

Ford: Kami Bakal Hasilkan Kereta Automatik Tanpa Stereng, Pedal Minyak Dan Pedal Brek Pada Tahun 2021

Diterbitkan Ogos 19, 2016 ยท Dikemas kini Julai 19, 2017 oleh Helmi Samsuri
Syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia, Ford, merancang untuk membina sebuah kereta yang tidak mempunyai
  • stereng
  • pedal minyak
  • pedal brek

Untuk menjayakan rancangan itu, mereka berusaha keras dengan menggandakan usaha penyelidikan serta pembangunan (R&D) yang terletak di Silicon Valley.

Difahamkan kereta itu tidak memerlukan pemandu dan akan bergerak secara automatik sepenuhnya. Teknologi itu bagaimanapun terhad keatas penggunaan di jalanraya kawasan bandar dengan hanya berkelajuan 40-50 km/j.

https://www.youtube.com/watch?v=lITdVxm_hD0

Kerjasama telah dimeterai antara Ford dan Baidu, syarikat servis internet dari China. Mereka dilaporkan membuat pelaburan sebanyak $150 juta di dalam Lidar, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengesan cahaya dan jarak. Usahasama ini bakal membangunkan sebuah sistem yang akan dipasang pada kereta automatik tersebut.
Ford juga telah menjalin kerjasama lain dengan beberapa buah syarikat bagi merealisasikan rancangan mereka itu. Kereta automatik ini bakal memberi saingan hebat terhadap Tesla yang mengeluarkan kereta pandu-sendiri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY