Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Perkenal “Antigravity”, Bakal Lancar Kategori Dron Baharu Ogos Ini

Insta360 Perkenal “Antigravity”, Bakal Lancar Kategori Dron Baharu Ogos Ini

Diterbitkan Julai 30, 2025 ยท Dikemas kini Julai 30, 2025 oleh ariff bukhari

Insta360 perkenalkan Antigravity, jenama dron baharu yang menurut mereka akan memperkenalkan kategori baharu dron 360 darjah yang tidak memerlukan kemahiran tinggi bagi mengawal penerbangan untuk mendapat visual imersif dan mengkagumkan.

Dron ini direka khas untuk semua peringkat pengguna, dari keluarga, pelancong, hinggalah pencipta kandungan baru.

Dengan kawalan intuitif, pelancaran pantas dan sistem rakaman dua lensa, membolehkan pengguna merakam keseluruhan pemandangan yang menarik.

Insta360 Antigravity

Antigravity juga menampilkan model pembangunan bersama komuniti melalui Antigravity Hub, di mana pengguna boleh berkongsi maklum balas dan idea yang berpotensi dibangunkan menjadi ciri baharu.

Dron ini turut dilengkapi ciri keselamatan pintar seperti pengesanan beban untuk mencegah pengubahsuaian berbahaya.

Ketahui lebih lanjut spesifikasi dan ciri produk pertama Antigravity ini yang akan diumumkan pada Ogos 2025 akan datang.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • PC Windows Anda Kini Boleh Dikunci Dari Jauh Dengan Telefon Pintar Android
  • Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km

Sumber: Insta360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik
©2026 WISER.MY