Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Lancar Insentif Tunai Galak Pekerja Berdating

Insta360 Lancar Insentif Tunai Galak Pekerja Berdating

Diterbitkan November 26, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar kamera aksi terkemuka dari China, Insta360 telah melancarkan kempen unik yang menawarkan insentif tunai kepada pekerja untuk bersosial pergi berdating.

Syarikat yang beribu pejabat di Shenzhen itu berharap dengan inisiatif ini akan memupuk hubungan di kalangan pekerja sambil menangani isu yang lebih luas iaitu penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran di China.

Sebagai sebahagian daripada kempen, pekerja Insta360 akan menerima sebanyak 66 yuan (~RM40) untuk setiap siaran media sosial yang sah yang memperkenalkan seorang rakan sekerja di platform temu janji dalaman syarikat.

Jumlah insentif akan meningkat dengan ketara jika hubungan itu berlangsung selama tiga bulan, dengan kedua-dua pasangan menerima 1,000 yuan (~RM615).

Kempen itu yang telah dilancarkan sejak tiga bulan lalu, telah mendapat sambutan yang besar.

Menurut laporan, kira-kira 500 siaran telah dikongsi di platform, dan kira-kira 10,000 yuan (~RM6,152) telah diagihkan sebagai ganjaran  berkongsi profil.

Walau bagaimanapun, tiada bonus temu janji telah dibayar lagi, kerana tiada hubungan yang layak telah mencapai pencapaian tiga bulan yang ditetapkan.

Pada masa yang sama juga, tidak semua orang menyokong inisiatif itu.

Pengkritik berpendapat bahawa langkah-langkah sedemikian boleh mengkomersialkan hubungan. “Cinta tidak boleh diukur dengan wang,” kata seorang pengguna media sosial.

Berkaitan

  • Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899
  • Hanya 2,000 Unit, Insta360 Lancar X4 Edisi Terhad BMW Motorrad Berharga ~RM2,540
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: The Economic Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY