Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 BMW

Hanya 2,000 Unit, Insta360 Lancar X4 Edisi Terhad BMW Motorrad Berharga ~RM2,540

Diterbitkan November 7, 2024 · Dikemas kini November 7, 2024 oleh ariff bukhari

Pengguna motosikal khususnya mereka yang memiliki motosikal jenama BMW pastinya akan tertarik dengan produk terbaru Insta360 terbaru ini.

Ia selepas Insta360 hari ini mengumumkan versi Insta360 X4 Edisi Terhad BMW Motorrad yang dibawakan khusus kepada penunggang motosikal di seluruh dunia.

Ia merupakan keluaran eksklusif di mana hanya sebanyak 2,000 unit sahaja dikeluarkan.

“Insta360 X4 edisi khas ini merangkumi semangat pengembaraan yang dikongsi oleh Insta360 dan BMW Motorrad dengan sempurna.” Max Richter, Naib Presiden Pemasaran di Insta360.

Di samping reka bentuk yang dikemas kini, kamera itu akan menyertakan kemas kini dan ciri baharu yang direka khusus untuk mereka yang merakam pada dua roda dengan ciri kabur nombor pendaftaran kenderaan dan Mod Dashcam khusus.

Insta360 BMW 2
Tidak seperti ciri Loop Recording semasa, yang menimpa rakaman berdasarkan masa, Mod Dashcam berfungsi berdasarkan ruang storan.
Insta360 BMW 1
Di dalam kamera, anda akan melihat paparan BMW Motorrad merentasi antara muka pengguna, termasuk tindanan statistik BMW Motorrad baharu.

Insta360 X4 Edisi Terhad BMW Motorrad ini hadir dengan kit tambahan premium seperti pakej premium dan Carry Pouch berjenama BMW Motorrad melindungi Insta360 X4 anda dengan bergaya, serta satu set pelekat untuk menghias tunggangan anda.

Insta360 BMW 2

Insta360 X4 Edisi Terhad BMW Motorrad ini dijual pada harga USD580.99 (~RM2,540).

Beli Insta360 X4 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllwzk8
  • Lazada – https://invol.co/cllwzkd

Berkaitan

  • Insta360 X4 Dilancar, Bawakan Rakaman Video 8K 360°
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899

Sumber: Insta360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY