Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teleskop magellan

Inilah Teleskop Paling Berkuasa Di Dunia, Resolusi Imej 4 Kali Ganda Lebih Tinggi Dari James Webb

Diterbitkan Ogos 10, 2022 · Dikemas kini Ogos 10, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah teleskop terbesar dan paling berkuasa pernah dibina bernama Teleskop Gergasi Magellan sedang dibina. Apabila siap nanti, teleskop itu akan mempunyai resolusi sehingga 4 kali lebih tinggi berbanding Teleskop Angkasa James Webb.

Malah resolusinya adalah 10 kali lebih tinggi berbanding Teleskop Angkasa Hubble serta 200 kali ganda lebih berkuasa berbanding teleskop penyelidikan  yang wujud ketika ini.

teleskop magellan 3
Acuan yang digunakan bagi membuat cermin Teleskop Gergasi Magellan.

Teleskop tersebut yang dianggarkan berharga USD1 bilion (lebih RM4 bilion) untuk kos pembinannya itu kini turut menerima dana terbaru sebanyak USD205 juta (~RM913,685,000.00).

Pihak yang melaburkan dalam projek itu termasuklah beberapa organisasi antarabangsa seperti Universiti Harvard, Universiti Arizona, Institut Sains Carnegie, Universiti Texas, Austin, University Chicago dan Yayasan Penyelidikan São Paulo.

Teleskop Gergasi Magellan yang ketinggiannya bersamaan dengan bangunan 12 tingkat itu terletak di Observatori Las Campanas, di dalam kawasan Gurun Atacama, Chile.

Berkaitan

  • Ini Adalah Teleskop Paling Berkuasa Abad Ini, Dihantar Sejauh 1.5 Juta Kilometer Dari Bumi
  • Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid
  • 'Super Full Moon', Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363,396KM
teleskop magellan 2
Visual artis memaparkan bahagian dalam bangunan yang menempatkan Teleskop Gergasi Magellan.

Teleskop Gergasi Magellan dilengkapi dengan 7 cermin terbesar dunia.

Susunan cermin utamanya dengan permukaan bersaiz 25.4 meter setiap satu terdiri daripada 7 segmen cermin berdiameter 8.4 meter seberat 18 tan metrik setiap satu.

Platfom yang akan menjadi tapak teleskop gergasi itu pula berketinggian 39 meter seberat 2,100 tan.

Bangunan yang akan menempatkan teleskop tersebut adalah setinggi 65 meter dengan kurungannya yang mampu membuat pusingan lengkap hanya selama 3 minit sahaja.

teleskop magellan 4
Gambaran perbandingan hasil rakaman imej antara Teleskop Angksa James Webb dengan Teleskop Gergasi Magellan.

Pembinaan Teleskop Gergasi Magellan ini sudah pun bermula sejak tahun 2012 lagi.

Segmen pertama dan ke-2 cermin utamanya sudah pun siap di mana setiap satunya memerlukan masa selama 4 tahun untuk dihasilkan.

Segmen ke-3 pula sudah berada di fasa akhir ujian.

teleskop magellan 5

Jangka hayat Teleskop Gergasi Magellan adalah selama 50 tahun. Sepanjang tempoh operasinya itu, penambah baikan dan naik taraf akan terus dilaksanakan ke atas teleskop tersebut.

Sumber: Forbes, Peta Pixel, Giant Magellan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY