Alat kawalan PS5 terbaru ini, digelar DualSense akan mengekalkan fungsi isyarat haptik seperti alat kawalan terdahulu. Fungsi isyarat haptik ini memberikan gegaran pada alat kawalan ketika pemain berada dalam situasi genting.
Menurut kenyataan dari Hideaki Nishino, naib presiden kanan perancangan dan pengurusan platform di Sony Interactive Entertainment, mereka menambah fungsi picu penyesuaian (adaptive trigger) pada butang L2 dan R2. Menurut mereka fungsi ini akan memberikan pengalaman yang lebih mengasyikkan dan mendebarkan. Kami sendiri masih tidak pasti bagaimana rasanya kerana pihak Sony tidak memberitahu dengan lebih mendalam tentang fungsi baru ini.
Jika dilihat pada gambar yang telah dikirimkan di laman rasmi Facebook, Sony membawakan perubahan bentuk yang agak ketara.
Butang share pada bahagian kiri telah digantikan dengan butang 'create' dimana pemain boleh menghasilkan kandungan video dan boleh dikongsikan di platform lain dengan mudah.
Kami beranggapan butang 'create' ini dapat memudahkan pemain untuk menghasilkan kandungan video 'highlight gameplay' seakan suntingan video ringkas.
Pemegang alat kawalan ini juga dilihat lebih runcing dan tajam dari depan. Tetapi jika dilihat dari bahagian tepi ia nampak lebih tebal untuk digenggam, Sony mendakwa rekaan ini lebih ergonomik. Butang berlogo 'Playstation' di tengah juga diubah seakan logo tertimbul. DualSense ini turut memperagakan rekaan dwi-warna
Cahaya lampu pula diubah menjadi lebih futuristik melingkupi pad sesentuh di bahagian tengah. Sony turut berkata mereka menambah mikrofon secara terbina supaya pemain dapat berkomunikasi dengan mudah tanpa perlu set kepala tambahan.
Port sambungan USB-Type C juga kelihatan, satu berita baik buat semua. Ketika ini Sony sudah pun mengedarkan alat kawalan ini kepada pembangun permainan dan beberapa pemain untuk mendapatkan maklum balas.
Apa pula pandangan anda? Kami merasakan reka bentuknya seakan alat kawalan Xbox jika dilihat dari depan. Tinggalkan pandangan anda dan sama-sama kita tunggu kedatangan PS5 kelak.
Sumber: Blog Sony
Berkaitan
- 5 Permainan Video Pelantar Mudah Alih Yang Semakin Dilupakan
- Main Game Di iPhone Dengan Xbox Controller #TipsGajet
- Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Tiba Untuk Sony Xperia C5 Ultra
- Snapdragon 660 Dihasilkan Untuk Menampung Permintaan Snapdragon 835 Yang Tidak Mencukupi
- Choetech, Port Pengecasan 55W #ShoppingApaBro
- Redmi Note 7 Pro Dengan Lensa 48MP Sony IMX586 Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan
- Unboxing : Realme 5 Pro
- #MWC2019- Peranti 5G Dua Skrin Dan Pengimbasan Tapak Tangan
- Vivo Kongsikan Gambaran Masa Depan Inovasi 5G Mereka
- Anda Boleh Mencuba Android Smart LED TV 4K 55 Inci Ini Selama 15 Hari Secara Percuma