Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8223 Routing System and Silicon One P200

Inilah Router Terpantas Di Dunia Berkelajuan 51.2Tbps

Diterbitkan Oktober 10, 2025 · Dikemas kini Oktober 10, 2025 oleh ariff bukhari

Cisco baru-baru ini memperkenalkan sistem penghalaan (router) 8223 dan cip Silicon One P200—gabungan teknologi rangkaian tercanggih untuk menyokong beban kerja AI yang semakin kompleks.

Router yang dibina khusus untuk memenuhi keperluan pusat data masa depan ini mampu mencapai kelajuan sehingga 51.2 terabit sesaat (Tbps) yang mampu menghubungkan antara 2 pusat data sejauh 1,000km.

Ia merupakan satu lonjakan besar dalam teknologi rangkaian yang berpotensi mengubah cara kita memproses data berskala besar.

Dengan kapasiti 51.2Tbps dan sokongan sehingga 64 port 800G, sistem ini membolehkan sambungan antara pusat data secara selamat dan cekap, melangkaui batasan tradisional.

8223 Routing System (1)
Dilengkapi sebanyak 64 port, setiap port pada sistem router 8223 ini menyokong kelajuan sehingga 800Mbps. Sekali gus menyampai kelajuan sehingga 51.2Tbps.

Dipacu cip P200, selain prestasi, ia menawarkan kecekapan tenaga, penimbal mendalam, dan kebolehan pengaturcaraan tinggi, membolehkan rangkaian menyesuaikan diri dengan protokol baharu tanpa naik taraf perkakasan.

Malah sistem ini turut dilengkapi keselamatan pasca-kuantum dan pemantauan bersepadu untuk melindungi trafik AI.

Silicon One P200
Cip Silicon One P200.

Pelanggan seperti Microsoft, Alibaba dan Lumen telah mula menggunakan teknologi ini untuk memperluas infrastruktur AI mereka.

Dengan kelajuan sebegitu, pemindahan data yang sebelum ini mengambil masa berjam-jam kini boleh diselesaikan dalam beberapa saat sahaja.

Teknologi seperti ini bakal membuka jalan kepada inovasi baharu dalam bidang komunikasi, storan awan, dan AI.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan
  • Ferrari Elettrica Didedahkan – Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1,000hp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY