Ini Yang Anda Patut Tahu Sebelum Membeli Televisyen

Jika anda telah berniat untuk membeli televisyen baharu, perkara yang pertama yang anda perlu titik beratkan adalah bajet. Televisyen yang terbaik ini sebenarnya adalah subjektif dan tiada lebih baik melainkan televisyen yang menepati bajet anda. Tetapi, terdapat beberapa faktor penting lain yang patut anda titikberatkan jika hendak membeli televisyen 4K baharu.

Resolusi - Bawah 4K Boleh Abaikan


Pertama, saya menyarankan anda memilih sekurang-kurangnya televisyen 4K pada tahun 2022 ini dan cuba untuk elakkan daripada televisyen dengan resolusi Full HD atau 1080p.

Untuk televisyen 8K, anda boleh elakkan kerana harga pasaran terkini untuk televisyen itu agak mahal dan tidak banyak lagi rancangan yang menyokong resolusi tersebut.

Bajet Yang Terbaik


Jika anda keliru akan berapa banyak bajet yang perlu anda sediakan, saya menyarankan bajet sekitar RM2,000. Dengan lambakan pilihan televisyen 4K di pasaran sekarang, anda sudah boleh mendapatkan produk yang berkualiti dengan hanya harga tersebut.

Dengan harga tersebut, anda sudah boleh mendapatkan televisyen 4K yang bersaiz sekitar 55 inci dan kebawah. Jika anda ingin televisyen dengan saiz yang besar seperti 65 inci, anda memerlukan bajet lebih kurang sekitar RM4,000.

Tetapi, jika anda telah meletakkan bajet lebih daripada yang saya cadangkan, itu lebih baik sebab anda mempunyai lebih banyak pilihan.

Kadar Segar Semula - Lagi Tinggi Lagi Baik


Kadar segar semula bermaksud berapa banyak imej yang ditayangkan dalam masa sesaat. Jika kadar segar semula itu ialah 60 Hz, itu bermaksud ia mampu untuk menunjukkan 60 imej dalam masa sesaat. Jika lebih tinggi kadar segar semula yang disokong, maka tayangan pada skrin tersebut lebih lancar dan jelas.

Jangan risau kerana hampir semua model televisyen 4K yang ada dipasaran menyokong hingga 60 Hz. Tayangan pada kadar segar semula 60 Hz sudah cukup baik untuk apa kegunaan. Tetapi jika anda berkemampuan untuk mendapatkan model dengan kadar segar semula yang lebih tinggi, itu lebih baik selagi ia dalam bajet anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mahu menggunakan televisyen untuk gaming, ia seharusnya menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ini kerana, ia akan memberikan pengalaman bermain jauh lebih lancar.

Tambahan lagi, TV untuk konsol seperti Xbox Series S/X atau PS5 juga sebaiknya perlu hadir dengan mod gaming.

Pilih Televisiyen Yang Menyokong HDR


HDR bermaksud High Dynamic Range dan sekarang ini semua model yang ada dipasaran menyokong HDR. Saya juga menasihatkan jangan memilih model yang tidak menyokong HDR pada skrin.

Hal ini demikian, HDR ini bermaksud kemampuan skrin untuk memaparkan warna lebih imersif, kontras yang lebih baik dan kecerahan yang tinggi berbanding FHD yang biasa. Dalam perbandingan, HDR merupakan satu teknologi penambahbaikkan daripada  format 4K UHD.

Jika anda berada dalam situasi untuk memilih model dengan resolusi antara HDR dan 4K UHD, saya sangat mencadangkan untuk pilih model yang menyokong HDR. Tetapi, pastikan ia berada dalam lingkungan kemampuan bajet anda untuk membeli.

HDMI Port: Cari Yang Ada Sekurang-Kurangnya 3 'port'


Cuba untuk mencari televisyen 4K yang mempunyai sokongan hingga 3 port HDMI. Jika televisyen anda mempunyai banyak port HDMI, anda boleh menghubung televisyen dengan peranti lain seperti konsol PlayStation dan Android Box.

Panduan Memilih Televisyen

Selain itu, anda boleh mencuba untuk mencari model dengan pilihan baharu HDMI 2.1 kerana itu merupakan versi port HDMI yang terkini. Tambahan lagi, HDMI 2.1 menyokong kandungan 4K pada kadar segar semula 120 Hz dan ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda yang mempunyai konsol.

Jika sebaliknya, port HDMI 2.0 sudah memadai dan mencukupi untuk penggunaan sekarang.

Ada Bajet Lebih? Angkat Soundbar


Rekaan dan binaan skrin televisyen terkini yang nipis menyukarkan pengilang untuk meletakkan pembesar suara yang efektif kepadanya. Oleh itu, anda akan mendapati pengalaman suara yang agak biasa daripada televisyen anda.

Hal ini demikian, rekaan nipis tidak memberikan ruang yang optimum untuk meletakkan pembesar yang baik dan berkualiti di dalam binaan televisyen ini.

Panduan Memilih Televisyen

Justeru, saya mencadangkan untuk anda membeli sekali soundbar bersama televisyen anda sekiranya anda mempunyai bajet lebih. Jika sebaliknya, tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya televisyen anda tidak bisu dan masih boleh mengeluarkan audionya.

Kesimpulan


Kesimpulannya, terdapat banyak model televisyen 4K yang boleh didapati di pasaran dan secara tidak langsung memberi persaingan yang sihat. Secara tidak langsung, anda sebagai penggunalah yang mendapat manfaat harga yang berbaloi.

Pada masa ini, anda sudah boleh untuk membeli televisyen 4K yang berkualiti dengan harga yang berbaloi sekiranya anda rajin untuk mencarinya.

Sumber: Tom's Guide

Baca juga:



Berkaitan