Ini Senarai Terkini Model Telefon Pintar Yang Sudah Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan sedang berusaha menyediakan rangkaian 5G ke lebih banyak kawasan di seluruh Malaysia.

Berdasarkan daripada semakan terkini di laman Digital Nasional Berhad (DNB), pembangunan infrastruktur 5G buat masa ini sedang bertumpu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Kapsyen: Rajah menunjukkan tapak-tapak 5G yang sedang dibangunkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Kapsyen: Rajah menunjukkan tapak-tapak 5G yang sudah berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada senarai yang dinyatakan di laman DNB juga, tidak semua telefon pintar yang tersedia dengan teknologi 5G akan menyokong rangkaian 5G Malaysia serta merta.

Jadi di sini disenaraikan model-model telefon pintar dari 10 jenama yang sudah menyokong rangkaian 5G Malaysia setakat ini sepertimana yang dinyatakan oleh DNB:-

Honor



  • Honor 50,

  • Honor X9 5G


Huawei



  • Mate 30 Pro 5G

  • Mate 40 Pro

  • Mate XS

  • Nova 7

  • Nova 7SE

  • P40

  • P40 Pro

  • P40 Pro +


Nokia



  • Nokia X20


Oppo



  • A74 5G

  • Findx2

  • Findx2 Pro

  • Findx3 Pro

  • Reno5

  • Reno5 Pro

  • Reno6

  • Reno6 Pro

  • Reno6 Z

  • Reno7 Pro 5G

  • Reno7 5G

  • Reno7 Z 5G


Realme



  • RM 7 5G

  • RM 8 5G

  • RM GT Master Edition

  • RM X50 Pro

  • RM X7 Pro

  • RM GT 2 Pro

  • RM 9 Pro+

  • RM 9 Pro

  • RM GT Neo 2


Vivo



  • V20 Pro

  • V21 5G

  • V23 5G

  • V23e 5G

  • X50

  • X50 Pro

  • X70

  • X70 Pro

  • Y76 5G

  • X60

  • X80

  • X80 Pro


Xiaomi



  • 10T

  • 11 Lite 5G NE

  • 11T, 11T Pro

  • Mi10

  • Mi10 Pro

  • Mi10T Pro

  • Mi11

  • Mi11Ultra

  • Poco F2 Pro

  • Poco F3

  • Poco M3 Pro 5G

  • Poco M4 Pro 5G

  • Poco X3 GT

  • Redmi Note 10 5G

  • Xiaomi 12 Pro

  • Xiaomi 12

  • Mi Note 11 Pro+ 5G

  • Mi Note 11S 5G

  • Mi Note 11 Pro 5G

  • Poco F4 GT


ZTE



  • Axon 30

  • Axon 30 Ultra


Samsung



  • S21

  • S21 Ultra 5G

  • S21+ 5G

  • S22 Ultra 5G

  • S22+ 5G

  • S22 5G

  • A73 5G

  • A53 5G

  • A33 5G


Blackshark



  • Bs 4 Pro 5G


DNB menyatakan, purata kelajuan internet menerusi rangkaian 4G di Malaysia adalah pada kelajuan 32.95 Mbps.

Purata kelajuan internet menerusi rangkaian 5G di Malaysia pula ketika ini adalah selaju 676.93 Mbps.

DNB menegaskan bahawa mereka komited dalam memastikan kelajuan muat turun minimum adalah pada kelajuan 100Mbps.

Sumber: DNB

Baca juga: