Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sertai Cabaran Tiktok Untuk Peluang Menang vivo X70 Pro

Sertai Cabaran Tiktok Untuk Peluang Menang vivo X70 Pro

Diterbitkan Oktober 18, 2021 oleh Faiz Munir

Dengan pelancaran vivo X70 baru-baru ini, vivo dan Digi akan bekerjasama dan mengadakan cabaran TikTok dengan menyediakan hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Peranti vivo X70 terkenal kerana ini dilengkapi kamera dari ZEISS yang memiliki ciri-ciri menarik seperti penstabilan Gimbal 3.0, efek Biotar untuk penghasilan gambar potrait dan juga mempunyai ZEISS T* coating.

Selain itu, ia mempunyai perisian dan perkakas premium untuk pengalaman dan penghasilan gambar yang cantik dan jelas.

Sertai Cabaran Tiktok Untuk Peluang Menang vivo X70 Pro

Cabaran #vivoX70PthotographyRedefined akan berlangsung dari 16 hingga 30 Oktober 2021. Peserta boleh menyertai cabaran ini dengan:

  1. Pergi ke ‘Discover’ di aplikasi TikTok.
  2. Cari #vivoX70PhotographyRedefined dan tentukan mod kesukaan anda (Gimbal atau mod malam).
  3. Hantarkan video ke TikTok dengan tanda pagar #vivoX70PhotographyRedefined #vivoX70 #vivoX70Pro #vivoMalaysia, #digibelia dan tag @vivo_malaysia dan @digitelco
  4. Pastikan TikTok anda disetkan kepada umum (public).
  5. Suka dan ikut (like & follow) Facebook dan Instagram rasmi vivo. Pemenang akan diumumkan di platform ini.

Pemenang hadiah utama akan menerima vivo X70 Pro yang bernilai RM3299, pemenang kedua akan menerima TWS 2 ANC dan pemenang ketiga akan menerima TWS 2e yang masing-masing bernilai RM369 dan RM269.

Hadiah sagu hari turut diberikan kepada 7 orang yang berupa barangan eksklusif dari vivo. Selain itu, semua peserta turut menerima e-baucer bernilai RM20 dan Pakej Khas BELIA dari Digi.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Baca Juga

  • Sony Xperia 1 III Kini Ada Diskaun Untuk Tempoh Terhad
  • Lazada Pilih Kumpulan K-Pop Jadi Duta Jualan 11.11

  • DNB: Kelajuan 5G Di Malaysia Sekurang-Kurangnya 100Mbp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY