Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article

Logitech Wave Keys, Papan Kekunci Ergonomik Yang Berharga RM299

Diterbitkan Oktober 11, 2023 oleh Muhd Idham

Logitech hari ini telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Wave Keys, papan kekunci ergonomik wayarles yang dijangka sesuai untuk melengkapkan keselesaan pengguna semasa berada di atas meja bekerja.

Reka bentuknya yang unik seperti ombak membuatkan susun atur kekunci seiring dengan reka bentuknya yang beralun menjadikan ia kelihatan lebih selesa untuk kegunaan umum dan menarik perhatian pemula serta memperlihatkan konsep ergonomik.

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan kusyen tangan sebagai sandaran ketika menaip berperanan dalam memberi sokongan pergelangan tangan sepanjang hari.

Wave Keys tampil dengan dua warna klasik iaitu Graphite dan Off-White.

Featured Image – Wiser Article

Papan kekunci multi-OS ini boleh disambungkan melalui Bluetooth atau boleh menggunakan Logi BOLT yang disertakan bagi setiap pembelian bagi menjamin keselamatan tiga alat peranti yang disarankan iaitu Mac, PC dan iPad serta penyambungannya boleh diubah dengan menekan satu butang sahaja untuk bertukar ke peranti lain.

Dalam pada itu, pengguna juga boleh memperibadikan penggunaan mereka dengan Aplikasi Logi Options+ untuk menetapkan pintasan produktiviti seperti “Do Not Disturb” bagi mengekalkan fokus pengguna dalam melaksanakan kerja mereka.

Harga

Wave Keys dijual pada tanda harga RM299 dan akan tersedia di laman rasmi Logitech Lazada dan Shopee serta pengedar yang sah bermula 13 Oktober 2023.

Beli produk Logitech di:

Lazada – https://invol.co/cljv3g2

Shopee – https://invl.io/cljv3g3

Berkaitan

  • KFC Ada Menu Khas Buat Peminat PUBG, Boleh Beli Bermula 11 Oktober
  • Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
  • Telefon TCL NXTPAPER Hadir Ke Malaysia, Harga Bawah RM1000

Sumber: Siaran Media Logitech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY