Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alan Ni, CEO of TNG Digital

Ini Senarai 10 e-Dompet Yang Sudah Boleh Digunakan Di China

Diterbitkan September 19, 2023 · Dikemas kini September 19, 2023 oleh ariff bukhari

Ant Group mengumumkan sebanyak tujuh lagi e-dompet dan aplikasi pembayaran Asia terkemuka ke dalam Program “Alipay+-in-China” (Program A+China) iaitu mPay (Macao SAR, China), Hipay (Mongolia), Changi Pay (Singapura), OCBC (Singapura), Naver Pay (Korea Selatan), Toss Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand).

Pengguna e-dompet tersebut akan dapat menggunakan e-dompet negara asal mereka pada telefon untuk menikmati pengalaman pembayaran mudah alih yang lancar di China di seluruh rangkaian rakan niaga (merchant) Alipay.

Sebelum ini hanya 3 e-dompet sahaja dapat digunakan di negara itu iaitu AlipayHK (Hong Kong SAR, China), Touch ’n Go eWallet (Malaysia) dan Kakao Pay (Korea Selatan) merupakan kumpulan pertama yang menyertai program tersebut pada akhir tahun 2022.

Ini Senarai 10 e-Dompet Yang Sudah Boleh Digunakan Di China

Pengguna semua e-dompet ini boleh menggunakan aplikasi pembayaran negara asal mereka di mana-mana tempat yang menerima Alipay, bagi menikmati pembayaran yang selamat, lancar dan tanpa tunai, serta kadar pertukaran yang telus dan kompetitif.

Selain itu, mereka juga dapat menikmati tawaran promosi tambahan melalui Alipay+ Rewards.

Jumlah pembayaran yang dibuat di China melalui e-dompet A+China yang paling awal iaitu Kakao Pay, Touch ’n Go eWallet and AlipayHK, telah meningkat 47 kali ganda dalam hanya 6 bulan antara Mac dan Ogos 2023.

Dalam pada itu, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen merupakan bandar kegemaran pelancong dari Korea Selatan, Malaysia dan Hong Kong SAR, manakala makanan dan minuman, runcit dan pengangkutan merupakan tiga senario terumum untuk transaksi tersebut.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Pelajar Universiti Cipta Rekod Dunia Baharu EV, 0-100 km/j Kurang 1 Saat
  • Tiada MFi Untuk USB-C iPhone, Ini Sebabnya

sumber: siaran media ant group

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY