Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
resrart phone 2

Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Restart’ Telefon Setiap Minggu

Diterbitkan Mac 23, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bila kali terakhir anda matikan telefon pintar? Apakah hanya setiap kali telefon mengalami lag? Ibaratkannya seperti tidur, begitulah peri penting untuk melakukan restart pada telefon anda secara berkala.

Aktiviti restart sering dikaitkan sebagai penyelesaian masalah kerana pengguna selalunya akan melakukannya apabila telefon tidak memberi respons seperti screen freeze, menekan butang tidak memberi apa-apa tindak balas atau lag yang teruk.

Maka, kita akan restart dan masalah-masalah ini akan selesai, sekurang-kurang dalam jangka masa pendek. Tapi, apakah ia hanya perlu dilakukan apabila telefon bermasalah?

Menurut pakar, dengan hanya semudah restart secara berkala, ia dapat memberi kesan drastik dan mengekalkan prestasi peranti pada tahap terbaik. Ia dapat mengelak daripada aplikasi crash, membuatkan keseluruhan operasi sistem berjalan lancar dan memanjangkan hayat bateri.

Untuk jangka masa panjang, ia dapat menjimatkan wang juga kerana anda tidak perlu menukar telefon setiap beberapa tahun hanya disebabkan masalah perisian yang tiada solusi.

Mengapa perlu hidupkan semula (restart)?

Seperti tidur, setiap kali kita bangun, minda kita kosong dan segar, kita bersedia untuk lakukan aktiviti dengan tenaga yang penuh. Sama juga peranti elektronik seperti telefon pintar.

Setiap kali kita mati dan hidupkannya, operasi sistemnya akan berjalan daripada kosong. Jadi, segala keserabutan, glitch dan huru-hara kecil yang terjadi di sebalik tabir juga hilang. Maka, telefon dapat memproses semua data seperti membuka aplikasi dengan lancar.

Terang Bob Motamedi, seorang konsultan teknologi, “Dalam kebanyakan situasi, aplikasi tidak betul-betul ditutup tetapi dalam keadaan bersedia supaya ia dapat dimuatkan lebih pantas selepas itu.”

Ini bukan sahaja memakan RAM tetapi juga bateri tanpa kita sedar.

Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas

Bukan itu sahaja, sisa aplikasi selepas nyahpasang yang tidak sempurna juga masih berbaki dalam memori namun tidak dikesan secara kasar.

Selain itu, disebabkan kita tidak dapat melihat proses pengaturcaraan atau coding berlaku di sebalik tabir, mungkin setiap kemas kini, pasang dan nyahpasang aplikasi akan meninggalkan kesan pada proses tersebut lantas mengganggu kelancaran sistem.

Berkaitan

  • 4 Sebab Kenapa Dark Mode Telefon Pintar Mungkin Bahayakan Anda
  • YouTube Vanced Umum 'Persaraan', Pautan Muat Turun Akan Ditarik Balik
  • Ini Telefon Pertama Yang Buang Bicu Audio Dan Ia Bukan iPhone

Sekerap manakah perlu kita hidupkan semula (restart) telefon?

Sebenarnya, tidak ada kekerapan yang spesifik untuk anda ikuti. Ada yang berpendapat perlu dilakukan sebulan atau seminggu kali. Ada juga berkongsi pengalaman peranti mereka berfungsi pada tahap tertinggi dengan mengamalkannya 2-3 kali sehari.

Namun, pada pandangan kami, ia tidaklah perlu terlalu ekstrem sehingga perlu dilakukan 2-3 kali setiap hari. Jadi, seminggu sekali atau sebulan sekali sudah memadai.

Sumber: Reader’s Digest, Lifehacker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY