Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
olympic z flip3

Ini Rupa Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Olimpik 2022 Beijing

Diterbitkan Januari 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tahun lalu, Samsung melancarkan Samsung Galaxy S21 edisi khas bersempena Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Bersempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kelak,  Samsung menjadikan Galaxy Z Flip3 pula sebagai edisi khas kali ini. Ia datang dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB.

z flip3 olympic 5 z flip3 olympic 3

Edisi kali ini menampilkan Z Flip3 dalam warna putih dengan jolokan Winter Dream White diliputi kemasan emas pada bingkai peranti bersama logo Olimpik 2022 dan Samsung di belakang.

Bukan hanya luaran sahaja, malah ia dimuatkan dengan gambar latar, tema, ikon, jam pada skrin luar yang dikhaskan untuknya bersempena Olimpik Beijing.

z flip3 olympic 2

Dengan harga CNY7,999 (~RM5,300), pelanggan boleh menempahnya melalui laman e-shop Samsung China dan mula dihantar 15 Januari ini.

Ia juga tersedia dalam pakej kombo yang mana pelanggan mendapat Z Flip3 dan Samsung Smart Monitor M7 4K namun pada harga CNY9,948 (~RM6,600) .

Baca juga:

  • Samsung Galaxy S21 FE Serendah RM2,899 Tapi Tak Guna Snapdragon
  • Peminat Galaxy S22 Tak Perlu Kopak Tabung, Harga Sama Dengan Galaxy S21
  • 3 Telefon Unik Yang Pernah Samsung Keluarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY