Ini Perkara Baharu Dalam COD: Vanguard Dan Warzone Musim Kedua

Bagi anda peminat tegar permainan video bergenre first-person-shooter (FPS), musim kedua Call of Duty: Vanguard dan Warzone kini diumumkan.

Kedua-dua permainan tersebut boleh dimainkan pada 14 Februari depan. Namun, pemain boleh memuat turun kemas kini baharu pada 10 Februari bagi Vanguard dan 14 Februari untuk Warzone. Setelah itu, anda boleh menikmati kandungan baharu beserta Double XP bersempena kehadirannya.

Antara yang terbaru dalam Warzone, terdapat Nebula V dan lokasi baharu yang dinamakan sebagai Chemical Factory. Di samping itu, ada juga kenderaan berperisai yang boleh dimusnahkan untuk mendapatkan item menarik termasuk bom Nebula V.



Bagi Vanguard pula, mod multipemain (multiplayer) akan menerima dua peta baharu, iaitu Casablanca dan Gondola. Dua peta ini adalah bersaiz sederhana. Terdapat juga kandungan khas bersempena Hari Valentine dan misi serta objektif baharu dalam mod Vanguard Zombies.

Pada masa yang sama, kedua-dua permainan ini juga bakal menerima 4 senjata baharu yang terdiri KG M40 (assault rifle), Whitley (LMG), Ice Axe dan Armaguerra 43 (SMG). Namun, kesemua senjata baharu tersebut akan ditawarkan kemudian semasa musim kedua ini berlangsung.

Sumber: Siaran Akhbar Activision Blizzard

Baca juga: