Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebelum ini telah mengumumkan Pakej Remaja dan Pakej Keluarga Malaysia dalam usaha memberikan sambungan internet dengan harga mampu milik bagi golongan berkeperluan terutamanya dalam waktu pandemik ini. Ia ditawarkan bagi semua warganegara Malaysia yang layak sehingga 15 April 2022.
Secara umumnya, mereka yang layak boleh memilih salah satu daripada pakej yang disediakan oleh Digi iaitu:
Pakej Remaja Keluarga Malaysia
- Tersedia pada belia dan pelajar Malaysia berumuh bawah 21 tahun.
- RM30 bagi data berkelajuan tinggi sebanyak 20GB dengan tempoh sah 90 hari dengan internet kekal aktif.
- Internet Produktiviti 1GB secara percuma setiap hari (ditebus melalui kod UMB).
- Boleh dibeli di aplikasi di MyDigi (bagi Digi Prepaid NEXT sahaja) atau melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet.
Pakej Peranti Keluarga Malaysia
- Naik taraf ke telefon pintar 4G (Samsung Galaxy A02 atau Redmi 9A) secara percuma apabila melanggan Digi Postpaid 40 dengan kontrak selama 24 bulan.
- Data berkelajuan tinggi 10GB dengan panggilan tanpa had setiap bulan.
- Internet Produktiviti 1GB secara percuma setiap hari (ditebus melalui kod UMB).
- Boleh dilanggan melalui Digi Store Online atau di Digi Store dan Digi Store Express.
Anda boleh tekan pautan INI untuk mengetahui lebih lanjut.
Sumber: Siaran Akhbar Digi
Baca juga: