Ini Mungkin Simbol Rangkaian 5G Yang Akan Digunakan Oleh Huawei

Rangkaian generasi terbaru, 5G yang menjanjikan lonjakan dalam industri teknologi gajet telahpun galak diuji mahupun ditawarkan secara komersial dibeberapa buah negara. Salah satu pemain industri yang berkecimpung awal dalam pembangunan rangkaian ini adalah Huawei.

Baru-baru ini di khabarkan bahawa ikon atau simbol "5G" oleh Huawei telahi muncul di beberapa laman sesawang dalam talian. Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenainya dibuat pihak Huawei, ia memberi sedikit petunjuk kepada pengguna bahawa Huawei sedang melakukan sesuatu mengenai teknologi rangkaian tersebut.



Dilihat pada gambar, reka bentuk simbol 5G ini mempunyai nombor "5" dan huruf "G" yang direka seakan-akan bentuk simbol 'infiniti' atau tanpa batas.  Ia ibarat menggambarkan, rangkaian 5G mampu memberikan perkhidmatan yang tanpa batasan seiring dengan teknologi masa kini.

Sebelum ini turut dilaporkan, Korea Selatan sudah mencapati angka 1 juta pelanggan 5G lanjutan daripada pelancarannya secara komersial 3 April lalu. Secara purata, lebih kurang 17,000 ribu pelanggan baru 5G pada setiap hari.

Baca juga - Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia, U Mobile Jalin Kerjasama Dengan TIME DotCom Untuk Laksana Ujian 5G

Sumber: Giz China