Merupakan sebahagian daripada strategi U Mobile bergerak ke arah rangkaian 5G, kolaborasi antara kedua-dua pengendali ini bakal memanfaatkan kelajuan tinggi serta kependaman rendah dari TIME sebagai penyelesaian kepada ujian 5G U Mobile.
Menurut CEO U Mobile, Wong Heang Tuck, syarikatnya komited dalam membawakan teknologi 5G kepada rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, mereka akan mengadakan ujian 5G dalam pelbagai lapangan termasuk dari pendidikan hinggalah kepada permainan. Ini adalah untuk memastikan segala pembangunan teknologi 5G dapat digunakan sepenuhnya menjelang penawaran secara komersial pada masa hadapan.
Tambahnya lagi, TIME merupakan pengendali rangkaian pertama di Malaysia dan kedua didunia yang menerima pensijilan Metro Ethernet Forum (MEF 3.0).
“ Oleh itu, kami percaya TIME berada dikedudukan terbaik untuk menyediakan penyelesaian backhaul mudah alih yang sesuai untuk ujian langsung 5G kami." ujar Heang Tuck lagi. Majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) itu turut dihadiri oleh Tan Hoon San (CCO UMobile), Lee Guan Hong (Pengarah Eksekutif TIME DotCom) dan Ang Thing Jiun, (CTO TIME dotCom).
Berkaitan
- Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android
- IBM Sudah Melengkapkan Pengambilalihan Red Hat
- Singapura Bangunkan Aplikasi Telefon Pintar Untuk Elakkan Penyebaran Covid-19
- 500 Menara Komunikasi Baru Dirancang Untuk Pembinaan Diseluruh Negara
- AMD Ryzen C7 Mungkin Cip Pertama AMD Untuk Telefon Pintar
- Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Mi A2 Lite, Mungkin Dengan Harga Yang Lebih Rendah
- Bagi Pastikan Kesalinghubungan Internet Di IPT, RM50 Juta Telah Diperuntukkan
- Dengan Harga Langganan RM100, Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had
- vivo X70 Pro Raih Skor 131 DxOMark, Tangga Pertama Dalam Carta Bagi Kategori Premium
- Apple Beli Syarikat Pengecaman Wajah Dari Israel