Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Korea Selatan Capai 1 Juta Pelanggan Bagi Rangkaian 5G

Korea Selatan Capai 1 Juta Pelanggan Bagi Rangkaian 5G

Diterbitkan Jun 13, 2019 oleh Helmi Samsuri

Korea Selatan merupakan antara negara terawal yang bakal menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada umum. Perkembangan awal mengenainya, jumlah pelanggan rangkaian ini telah mencecah ke angka 1 juta lanjutan daripada pelancarannya secara komersial 3 April lalu. Secara purata, lebih kurang 17,000 ribu pelanggan baru 5G pada setiap hari.

Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Sains dan Teknologi negara tersebut dimana jumlah tersebut diperoleh dalam hanya 69 hari berbanding 4G, yang sebelum ini memerlukan 80 hari untuk mendapatkan 1 juta pelanggan.

SK Telecom memegang langganan terbanyak iaitu 40% diikuti oleh Korea Telecom dan LG Uplus yang masing-masing mempunyai 30% langganan. Dua syarikat, SK Telecom dan Korea Telecom memperlihatkan lebih banyak pelanggan yang menaik taraf dari 4G kepada 5G sementara manakala pengguna LG Uplus meningkat dengan peningkatan sebanyak 21% pada bulan lalu.

Angka ini dijangka akan bertambah hingga 4 atau 5 juta menjelang penghujung tahun 2019 ia selari dengan lebih banyak penawaran peranti yang mempunyai sokongan 5G serta perkhidmatan lain seperti VR, AR, kandungan permainan dan lain-lain lagi.

Sumber: VentureBeat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY