Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia

Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia

Diterbitkan Jun 10, 2019 oleh ariff bukhari

Huawei telah menandatangani perjanjian bersama syarikat telekomunikasi Rusia bagi membangunkan rangkaian 5G di negara tersebut.

Pertemuan antara 2 pemimpin paling berkuasa di dunia, Xi Jinping dari China dan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow baru-baru ini telah menjadi saksi termeterainya perjanjian antara Huawei dan syarikat telekomunikasi Rusia, MTS bagi kerjasama pembangunan rangkain 5G di negara Rusia.

Pembangunan teknologi rangkain 5G itu dijangka akan dimulakan pada tahun 2020 nanti. Ia merupakan berita baik kepada pihak Huawei yang telah diserang dengan teruk oleh kerajaan Amerika yang menyekat kemasukan produk-produk serta teknologi 5G Huawei dengan alasan “pengintipan” yang kononnya dibuat oleh pihak Huawei.

Malah Amerika turut berusaha meminta negara-negara yang bersekutu dengannya supaya tidak menerima kerjasama untuk pembangunan teknologi rangkaian 5G dari Huawei di negara mereka.

Walaupun diserang dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas Huawei oleh A.S, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pula tidak mempedulikan tuduhan-tuduhan tersebut. Sebaliknya beliau secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan cuba menggunakan teknologi Huawei sebanyak mungkin.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY