Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teknologi bateri Apple Car

Apple Dan Hyundai Mungkin Akan Mulakan Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024

Diterbitkan Januari 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdapat laporan sebelum ini mengatakan Hyundai mengesahkan rundingan awal dengan Apple dalam pembangunan Apple Car.

Kini rundingan tersebut akan dilakukan seawal bulan Mac ini dan menurut sumber, Hyundai dan Apple mungkin akan memulakan pengeluaran kereta elektrik ini pada tahun 2024.

Tambahan lagi, kemungkinan Apple akan mengeluarkan kereta pertama mereka di kilang Kia Motors atau pun melabur untuk kilang baharu di mana mampu mengeluarkan sebanyak 400,000 kereta setahun. Ujian awal bagi kereta Apple ini juga akan dilakukan pada tahun 2022.

Namun begitu, Apple masih memerlukan masa sekurang-kurangnya lima ke tujuh tahun lagi sebelum bersedia untuk mengeluarkan kereta elektrik ini kerana kekangan teknologi serta kos yang tinggi dalam pembuatan bateri kereta tersebut.

Sumber: reuters via

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY