Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Merupakan Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Kemas Kini Android 13

Posted on November 24, 2022

Android 13 akhirnya telah dikeluarkan secara rasminya dan perubahan yang ada pada versi kali ini sangat berbeza dengan Android 12.

Versi ini hanya sekadar untuk meningkatkan lagi kualiti enjin yang beroperasi dalam peranti pengguna namun masih berbaloi dimiliki.

Pengguna tablet dan telefon yang boleh dilipat akan menerima lebih banyak kelebihan berbanding peranti biasa. Kelebihan itu disertakan dengan kemas kini Material You yang akan meningkatkan lagi penyesuaian Android di dalam peranti berkenaan.

Walaupun pencipta telefon pintar tidak memberitahu akan ketersediaan Android 13 pada produk mereka, namun versi ini dijangka akan sama seperti versi Android yang sebelumnya.

Siri Pixel merupakan siri peranti yang pertama menerima versi Android 13 diikuti dengan Samsung dan Oppo selepasnya. Malah, terdapat lebih banyak lagi siri yang dijangka akan menerima versi ini.

Asus

Asus telah mencuba Android 13 pada Asus Zenfone 8 sebaik sahaja Android 12 dikeluarkan pada siri perdana yang terdahulu. Kini, syarikat tersebut telah mengumumkan pelancarannya bermula dari siri Zenfone dan ROG.

The latest #Android13 update is just around the corner. Check out our roll-out plan and prime your #Zenfone9 and #Zenfone8 for the exciting new features!

— ASUS (@ASUS) November 13, 2022

Ini merupakan siri peranti Asus yang dijangka bakal menerima Android 13:

  • Zenfone 9
  • Zenfone 8
  • ROG Phone 6D, ROG Phone 6D Ultimate
  • ROG Phone 6, ROG Phone 6 Pro
  • ROG Phone 5, ROG Phone 5s

Google 

Google telah mengumumkan kesemua peranti Pixel akan menerima Android 13. Ini bermaksud kemas kini itu akan diterima oleh 4, 4XL, 4a, 4a 5G, 5, 5a, 6, 6a, dan 6 Pro. Siri 3a dan 3a XL telah menampakkan kemas kini terakhirnya manakala siri PIxel 7 dan 7 Pro akan dilancarkan bersama Android 13.

Samsung

Ini merupakan siri Samsung yang sudah memiliki Android 13:

  • Galaxy S22
  • Galaxy S22 Plus
  • Galaxy S22 Ultra
  • Galaxy S21 Galaxy S21 Plus
  • Galaxy S21 Ultra
  • Galaxy S20
  • Galaxy S20 Plus
  • Galaxy S20 Ultra
  • Samsung Galaxy S20 FE
  • Galaxy Note 20
  • Galaxy Z Fold 4
  • Galaxy Z Flip 4
  • Galaxy Tab S8
  • Galaxy Tab S8 Plus
  • Galaxy Tab S8 Ultra
  • Galaxy A33 5G
  • Galaxy A53 5G
  • Galaxy A71
  • Galaxy M52 5G
  • Galaxy XCover 6 Pro

Ini pula senarai siri Samsung yang akan menerima Android 13:

  • Galaxy Z Fold 3
  • Galaxy Z Flip 3
  • Galaxy Tab S7
  • Galaxy Tab S7 Plus
  • Galaxy Quantum 3
  • Galaxy Z Fold 2
  • Galaxy Z Flip 5G
  • Galaxy Z Flip
  • Galaxy Tab S7 FE
  • Tab S7 FE 5G
  • Galaxy Tab S6 Lite
  • Galaxy A Quantum
  • Galaxy A Quantum 2
  • Galaxy A52s 5G
  • Galaxy A51
  • Galaxy A51 5G
  • Galaxy A42 5G
  • Galaxy A32
  • Galaxy Jump
  • Galaxy Jump 2
  • Galaxy Tab A8
  • Galaxy Tab A7 Lite
  • Galaxy Tab Active 3
  • Galaxy Buddy 2
  • Galaxy Buddy
  • Galaxy Wide 6
  • Galaxy Wide 5
  • Galaxy A23
  • Galaxy A13
  • Galaxy M12
  • Galaxy XCover 5
  • Galaxy Tab Active 4 Pro

Nokia

HMD Global tidak memberi kemas kini yang pantas kepada peranti Nokia tetapi Android 13 dikatakan telah digunakan pada Nokia XR20.

Namun, Nokia Mob perasan akan percubaan Android 13 kepada siri X30 5G, G60 5G, X20, X10, dan G50. Mungkin kemas kini dijangka bakal rasmi sekurang-kurangnya pada tahun hadapan.

Siri peranti Nokia yang dijangka untuk terima Android 13 akan perlu tunggu penggumuman yang seterusnya dari syarikat itu sendiri.

Nothing

Nothing Phone 1 akan menerima kemas kini Android 13 tetapi bukan pada masa yang terdekat. Syarikat itu mengesahkan bahawa mereka akan berusaha untuk mengeluarkan kemas kini tersebut sebelum Julai 2023.

OnePlus dan OPPO

OnePlus mengumumkan versi Android 13 bersama OxygenOS 13 untuk OnePlus 8, OnePlus Nord 2 dan model-model yang baharu.

Siri OnePlus 10T, Nord200 dan 8T+ bakal menerima kemas kini ini kemudian sementara OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro akan menerimanya pada 10 November. Siri OnePlus 8, 8 Pro, dan 8T pula akan menerima kemas kini tersebut pada November 15.

Untuk OPPO pula, percubaan telah dilakukan pada siri Find N dan Find X. ColorOS 13 telah melancarkan kemas kini yang lebih stabil untuk FindX5 dan FindX5 Pro. Siri peranti ini telah tersedia di Malaysia sejak 15 September.

Sony Xperia 

Pada 2 November, Sony Xperia telah mengumumkan bahawa kemas kini Android 13 telah diperkenalkan bersama beberapa ciri yang terbaru untuk siri Xperia 1 IV dan Xperia 5 IV.

Namun, Sony tidak menyediakan mana-mana garis masa untuk siri 1 IV dan 5 IV menerimanya tetapi mungkin akan disahkan juga kelak.

Xiaomi dan realme

Xiaomi kini sedang mencuba Android 13 untuk Xiaomi 12, 12 Pro, dan Mi Pad 5. Untuk realme pula, program beta sedang diadakan pada siri GT 2 Pro, realme 9 Pro, dan realme 9 Pro Plus.

Akan tetapi, senarai keseluruhan peranti berkenaan tidak dikeluarkan lagi dan dijangka akan tersedia pada minggu yang akan datang.

Sumber: DigitalTrends

Gambar Utama: DigitalTrends

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress