Ini Merupakan Harga Jualan Mi 9 Untuk Pasaran China

Walaupun hanya berbaki sehari saja lagi pelancaran Xiaomi Mi 9, peminat sudah dihidangkan dengan pelbagai maklumat mengenainya.

Mengiringi kehadiran informasi spesifikasi Mi 9 adalah bocoran harga jualan peranti itu untuk pasaran China.

Ditawarkan dalam beberapa harga yang dilaporkan bagi versi...



  • RAM 6/64GB ruang simpanan - ¥3,299 (~RM1990)

  • RAM 8/128GB ruang simpanan - ¥3,499 (~RM 2110)

  • RAM 8/256GB ruang simpanan - ¥3,699 (~RM2231)

  • RAM 8/256GB ruang simpanan "Transparent Edition" - ¥4,999 (~RM 3015)

  • Explorer Edition - ¥5,999 (~RM3,619)


*Harga jualan bagi setiap model ini sedikit bercanggah dengan harga yang diumumkan pada hari perasmian.

Difahamkan terdapat dua versi yang akan menggunapakai panel belakang telus iaitu edisi Transparent Edition dan Explorer Edition.

Tranparent Edition juga akan dikenali sebagai edisi Alita Battle Angel, dimana ia adalah keluaran kolaborasi bersama filem tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=z9ChY3TrS1Y

Explorer Edition pula dikatakan akan ditawarkan dengan RAM sehingga 12GB.

CEO Xiaomi telah mengesahkan panel belakang telus Mi 9 Explorer itu bukanlah "isi dalaman" yang sebenar. Ia merupakan lembaran aluminium yang direka untuk kelihatan lebih bergaya.



Sumber: GSMArena