Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (61)

Ini Merupakan “Anting-Anting” Yang Boleh Mainkan Audio, Lebih Mahal Dari AirPods Max

Diterbitkan Januari 16, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Barisan fon putik wayarles masa kini kelihatan lebih menarik reka bentuknya dan bersifat minimalis.

Namun, syarikat Nova mungkin telah menaik taraf barisan fon putik mereka dalam bentuk barang kemas.

Fon putik ini boleh dijadikan sebagai klip sahaja di bahagian telinga atau menggunakan lubang tindik (jika ada) untuk cengkaman yang lebih selamat.

Nova H1 dibina untuk terlihat di bahagian luar telinga sahaja dan bahagian mutiaranya akan menyalurkan audio secara langsung ke telinga.

Screenshot (61)
Sumber: YouTube

Namun, fon putik ini tidak dapat menyediakan fideliti audio sama seperti Apple Airpods Pro 2 atau Master & Dynamic MW08.

Berkaitan

  • Oreo Mengeluarkan Biskut Edisi Terhad Bertemakan Konsol Xbox
  • Bukan Tahun Ini, AirPods Max Generasi Kedua Dijangka Hadir Seawal Tahun 2024
  • Samsung Dah Jumpa Cara Hilangkan Garis Lipatan Pada Telefon Lipat Mereka
  • 2 Model Sony Walkman Terbaru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
  • Pengguna 6 'Telco' Ini Sudah Boleh Tambah Nilai Terus Dari Aplikasi Bigpay

Ini kerana pencipta mahu setiap pengguna mempunyai kesedaran terdapat keadaan sekeliling dengan tidak menghalang bunyi latar belakang.

Jangka hayat bateri bagi Nova H1 boleh bertahan sehingga 14 jam apabila terletak di dalam bekasnya yang kelihatan seperti bekas barangan kemas.

Screenshot (58)

Walau bagaimanapun, pengguna dijangka akan mendengar lagu selama 3.5 jam sahaja atau bercakap melalui panggilan untuk kurang dari sejam.

Nova H1 Audio Earrings diperbuat dari mutiara asli dan bahan yang berkualiti. Oleh itu harga yang ditawarkan agak tinggi iaitu €695 (∼RM3,245) untuk emas dan €595 (∼RM2,778) untuk perak.

Nova memperkenalkan produk ini pada CES 2023 dan produk ini hanya tersedia di kawasan Eropah terlebih dahulu. Fon putik ini dijangka akan tersedia secara global tidak lama lagi.

Sumber: Gizmodo

Gambar Utama: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY