Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Ini Kawasan Di Malaysia Yang Terima Air Hujan Sangat Berasid Dan Bersih Setakat Julai 2022

Diterbitkan Februari 22, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan Taburan pH Air Hujan Malaysia setakat Julai 2022 lalu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), hampir keseluruhan negeri Perlis menerima pH air hujan yang bersih berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan pekan kecil Chuping mencatatkan pH air hujan terbersih iaitu pH 6.45.

Sementara Petaling Jaya, Selangor pula menerima pH air hujan yang sangat berasid dengan mencatatkan pH 4.22.

Keasidan air hujan boleh dikategorikan seperti berikut:

  • Bersih (>5.6)
  • Kurang Berasid (5.2 – 5.6)
  • Sederhana (4.8 – 5.2)
  • Berasid (4.4 – 4.8)
  • Sangat Berasid (< 4.4)

pH AIR HUJAN

MET Malaysia menjelaskan, hujan umumnya berasid di alam semulajadi disebabkan kewujudan sulfurik, nitrik dan asid karbonik secara semulajadi dan antropogenik di atmosfera.

Air hujan ditakrifkan sebagai “Hujan Asid” apabila nilai pH adalah 4.4 dan ke bawah. Takrifan ini adalah sejajar dengan takrifan yang digunapakai oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA).

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan MET Malaysia, pelepasan daripada kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada punca hujan berasid.

Diikuti dengan aktiviti perkilangan atau industri serta aktiviti-aktiviti lain seperti pembakaran terbuka.

Hujan asid bukan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan manusia, tetapi terhadap kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan.

Berkaitan

  • REDMAGIC 8 Pro Tersedia Di Malaysia Bermula RM3,699 - Snapdragon 8 Gen 2, Panel Belakang Lutsinar
  • Sistem Automasi Terbaru Ninja Van Malaysia Mampu Imbas Sehingga 30 Ribu Bungkusan/jam
  • Penguatkuasaan Pelitup Muka Bukan Perubatan Dengan Tanda SIRIM Ditetapkan Bermula 1 Julai 2023

Sumber: UKM, MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY