Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ninja van

Sistem Automasi Terbaru Ninja Van Malaysia Mampu Imbas Sehingga 30 Ribu Bungkusan/jam

Diterbitkan Februari 22, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh ariff bukhari

Sempena kempen ulang tahunnya yang ke-8, “Ninja Van Malaysia Turns 8: Celebr8ing Innov8ion”, syarikat logistik itu menambah baik perkhidmatan mereka dengan sistem automasi bersepadu yang terbaru.

Penggunaan sistem baru itu membolehkan proses penyusunan bungkusan syarikat itu ditambah baik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ianya disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam.

Sistem ini juga menyediakan data bungkusan masa nyata yang tepat, meningkatkan kecekapan penyusunan dan penjejakan bungkusan sehingga meningkatkan keupayaan pemprosesan bungkusan harian yang dijangka akan meningkat hampir 35%.

Ninja Van mula bertapak di Malaysia pada Mac 2015 dahulu kini memiliki hab gudang seluas 260,000 kaki persegi di Shah Alam yang merupakan hab terbesar mereka setakat ini.

Berkongsikan sedikit fakta menarik mereka, Ninja Van Malaysia memaklumkan, mereka telah merekodkan perkhidmatan penghantaran barangan kepada lebih 14 juta penerima bungkusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Barangan paling pelik yang pernah dihantar mereka kepada pelanggan pula adalah mangkuk tandas.

Sementara barang terberat yang pernah dihantar kepada pelanggan pula adalah seberat 180kg.

Berkaitan

  • REDMAGIC 8 Pro Tersedia Di Malaysia Bermula RM3,699 - Snapdragon 8 Gen 2, Panel Belakang Lutsinar
  • Putrajaya Fasa Dua Sudah Hampir Siap, Ujian Terakhir Sedang Dijalankan
  • Tak Lama Selepas Dilancarkan, "ChatGPT" Buatan China Gagal Berfungsi

Sumber: Media Ninja Van Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY