Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

GTA 6 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Firdaus

Pada Februari lepas, Rockstar telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan terbaru, iaitu Grand Theft Auto 6 (GTA 6). Permain GTA yang sedia ada telah lama dilancarkan pada 2013 dan ia telah pun diselaraskan untuk dimain dalam pelbagai platform.

GTA 6 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Para peminat GTA telah meminta Rockstar akan siri seterusnya dalam francais permainan yang popular ini. Walaupun tiada sebarang pengumuman akan tarikh sebenar permainan GTA 6 dilancarkan, anda boleh menjangkakan bahawa ia akan dilancarkan dalam masa sekitar 2 ke 3 tahun lagi mungkin di penghujung tahun 2024 atau ke atas.

Berdasarkan ciapan Chris Klippel, pencipta Rockstar mengatakan bahawa pembangunan GTA 6 telah mencapai kejayaan besar, dan kita boleh jangkakan pengumuman besar daripada Rockstar pada hujung tahun 2022 ini.

GTA 6 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Sedikit maklumat tentang GTA 6, permainan ini telah mula pembangunannya sejak 2020 dan anda boleh jangkakan bahawa permainan ini membawa anda ke Vice City dalam francais GTA. Selain itu, GTA 6 berkemungkinan akan dilancarkan secara serentak di semua platform yang tersedia seperti Xbox, PlayStation dan PC.

Tambahan lagi, mod permainan dalam talian merupakan ciri kuat dalam permainan GTA 6 yang akan datang dek kerana sambutan GTA Online yang menggalakkan dan masih dimainkan sampai sekarang di peringkat global. Sama-samalah kita tunggukan pengumuman Rockstar yang seterusnya dalam beberapa bulan lagi.

Sumber: TechRadar, 91 Mobiles

Baca juga:

  • GTA 5 ‘Next-Gen Console’ Boleh Dimuat Turun Minggu Depan, Harga Macam ‘Game’ Baru
  • GTA 6 Akhirnya Diumum Rockstar Games Tapi Tarikh Pelancaran Masih Misteri
  • Hanya Mahukan Rasa Sebenar, Enjin Motorsikal Disambungkan Bersama Permainan GTA V

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY