Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

Diterbitkan Ogos 8, 2023 · Dikemas kini Ogos 8, 2023 oleh Firdaus

Pada 4 Ogos lepas, Huawei telah melepaskan kemas kini HarmonyOS 4 yang serba baru dan hingga kini, ia telah dimuat turun oleh lebih 1 juta pengguna.

Daripada pelbagai ciri menarik yang ditawarkan, berikut adalah pembaharuan terbaik yang ada pada kemas kini HarmonyOS 4 ini:

Personalization Baru Yang Lebih Pintar

Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

Melalui HarmonyOS 4, pengguna boleh meletakkan gambar sendiri dalam skrin kekunci dan mengubah latar belakang yang berbeza seolah-olah ia sebuah buku cerita.

Dan pengguna juga boleh memadankannya dengan animasi ciri AOD yang dapat menghasilkan transisi menarik, lancar dan kemas ketika peranti dinyah kunci.

1800 Emoji

Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

Selain itu, HarmonyOS 4 menawarkan sebanyak 1,800 emoji baru yang direka khas dan eksklusif buat pengguna HarmonyOS.

Menariknya lagi, pengguna boleh menggunakan emoji tersebut sebagai wallpaper atau AOD selain ketika bermesej.

Muka Jam Interaktif

Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

Kemas kini terbaru ini meletakkan muka jam yang lebih segar dan interaktif. Hal ini demikian kerana pengguna boleh bermain games atau menonton animasi melalui jam tersebut.

Menariknya lagi, jam tangan pintar Huawei bakal memiliki enjin grafik yang bakal menawarkan transisi yang lebih lancar dan responsif.

Smart Notification Center

Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

HarmonyOS 4 akan menyusun pelbagai notifikasi yang ada mengikut keutamaan pengguna – paling atas adalah yang paling utama.

Sebagai contoh, pengguna akan mendapati notifikasi perjalanan penghantaran makanan berada di kedudukan teratas berbanding yang lain.

Live Window

Ini Ciri-Ciri Menarik Dalam HarmonyOS 4

Ciri ini mungkin adalah tarikan utama yang ada pada HarmonyOS 4. Seperti namanya, ciri ini memboleh pengguna melihat maklumat masa nyata akan apa-apa perkara yang dipilih.

Sebagai contoh, anda boleh melihat perkembangan perjalanan akan aplikasi penghantaran makanan. Menariknya lagi, anda boleh kembangkan ciri itu untuk mengakses maklumat penuh.

Ciri Live Window ini akan terletak di belah kiri bar status skrin peranti pengguna. Dan ciri Live Window ini juga tersedia di semua platform telefon, tablet dan jam tangan.

Ciri Live Window ini agak mirip dan mungkin terinspirasi daripada ciri Dynamic Island yang ada pada siri iPhone 14 Pro.

Animasi Nonlinear Lebih Lancar

HarmonyOS 4 juga memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lancar kepada pengguna melalui sistem yang telah dipertingkatkan.

Huawei wasn't kidding when they said HarmonyOS 4.0 brings improved system fluency and animation 😳

If Huawei can make their UI as smooth as iOS then why can't Samsung do the same with OneUI ⁉️ pic.twitter.com/szKCjb1WWA

— Shishir (@ShishirShelke1) August 7, 2023

 

Beli Peranti Huawei di Shopee: https://invl.io/clji37s

Beli Peranti Huawei di Lazada: https://invol.co/clji399

Berkaitan

  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM700 Pertengahan 2023
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1000 Pertengahan 2023
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1500 Pertengahan 2023
  • iQOO Z8 Mungkin Sebuah Peranti 'Flagship' Mampu Milik
  • U Mobile Dan 'Telco' Lain Akan Lancar Pakej 5G Rahmah Pada 31 Ogos 2023

Sumber: Huawei Central

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY