Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Telefon Terbaik Bawah RM1500 Pertengahan 2023

Posted on Ogos 7, 2023

Pada April lepas, saya ada berkongsikan 5 telefon terbaik bawah RM1,500 untuk awal tahun 2023. Kini, kita sudah memasuki pertengahan kedua 2023 dan sudah tiba masanya untuk mengemas kini senarai tersebut.

Jadi mari kita lihat 5 telefon terbaik dalam bajet RM1,500 untuk pertengahan kedua tahun 2023 ini.

**Harga tertera adalah ketika artikel ini ditulis.

{snap}

realme 11 Pro 5G (RM1,499)

Peranti Dengan Rekaan Premium

realme 11 Pro 5G adalah salah satu model yang dipekenalkan realme dalam siri pertengahan mereka pada beberapa minggu yang lepas. Menariknya lagi, ia hadir dengan kemasan vegan leather yang cantik dan elegan.

realme 11 Pro 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050 5G, RAM 8GB dan storan 256GB. Peranti ini disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 67W.

Selain itu, ia dilengkapi skrin AMOLED lengkung berukuran 6.7″ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, HDR10+, dan kecerahan maksimum 950 nits.

realme 11 Pro mempunyai dwi-pembesar suara Dolby Atmos dengan penarafan Hi-Res Audio dan tetapan 2 kamera – 100MP utama dengan OIS, 2MP dan 16MP swafoto.

Bagi anda yang mencari peranti pertengahan dengan kemasan dan rekaan yang unik, realme 11 Pro 5G adalah pilihan yang digalakkan.

Beli di Shopee

{snap}

iQOO Z7 5G (RM1,299)

harga iqoo z7 malaysia

Peranti ‘Gaming’ Kompetitif

iQOO Z7 5G adalah antara peranti paling berkuasa dalam kelas RM1,500 dan ke bawah, yang memang sesuai untuk tugasan mobile gaming.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 782G, memori 8GB + 8GB dan storan 128GB. Menariknya lagi, peranti ini menawarkan pengecasan pantas 120W melalui kabel Type C-to-C nya dengan kapasiti bateri 5,000mAh.

Selain itu, iQOO Z7 dilengkapi skrin rata IPS LCD berukuran 6.64″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan penarafan HDR10+. Di samping itu, peranti ini menawarkan pembesar suara stereo dan perlindungan IP54.

Peranti ini mempunyai tetapan 2 kamera – 64MP utama dengan OIS, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto.

Beli di Shopee

{snap}

Samsung Galaxy A34 5G (RM1,179)

Galaxy A34 A54

Peranti Dengan Sokongan Kemas Kini Terbaik

Peranti dalam siri Galaxy A34 5G ini dijual pada tanda harga rasmi RM1,599 tetapi kini anda boleh membelinya pada harga bawah RM1,500 sahaja.

Samsung Galaxy A34 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 1080 5G, memori 8GB dan storan 256GB. Ia dilengkapi skrin Super AMOLED 6.6″ beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini mempunyai tetapan 3 kamera – 48MP utama, 8MP ultra-lebar, 5MP makro dan 16MP swafoto. Selain pembesar suara stereo, peranti ini menawarkan perlindungan IP67 kalis air debu.

Galaxy A34 5G disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 25W. Yang menariknya adalah kemas kini yang ditawarkan Samsung kepada peranti ini.

Peranti ini menyokong kemas kini perisian selama 4 tahun, 5 tahun kemas kini sekuriti dan waranti 2 tahun daripada Samsung.

Beli di Shopee

{snap}

vivo Y78 5G (RM1,399)

Peranti Terbaru Dalam Kelas RM1,500

vivo Y78 5G adalah peranti terbaru vivo yang baru sahaja dilancarkan pada awal bulan Ogos lepas. Y78 5G adalah satu-satunya dalam kelas ini yang mempunyai skrin OLED lengkung bersama padanan sensor kamera utama 64MP dengan OIS.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, RAM 8GB + 8GB dan storan 256GB. Selain itu, Y78 5G dilengkapi skrin AMOLED lengkung 6.78″ beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1000 nits.

Ia menawarkan sistem tetapan 3 kamera – 64MP utama dengan OIS, 2MP bokeh, 2MP super makro dan 16MP swafoto. Ia juga disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 44W.

vivo Y78 5G sesuai untuk anda yang inginkan skrin OLED lengkung dan prestasi kamera yang mantap dalam bajet bawah RM1,500.

Beli di Shopee

{snap}

OPPO A98 5G (RM1,399)

Peranti Alternatif  Terbaik

OPPO A98 5G adalah model paling berkuasa dalam siri OPPO A dan adalah pilihan alternatif terbaik buat anda dalam senarai ini.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori LPDDR4 8GB + 8GB dan storan UFS 2.2 256GB. Ia dilengkapi skrin LTPS LCD 6.72″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan maksimum 680 nits.

Ia menawarkan tetapan 3 lensa – 64MP utama, 2MP mono, 2MP mikroskop dan 32MP swafoto. A98 5G disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 67W.

Selain itu, peranti ini mempunyai bicu audio 3.5mm, dwi-pembesar suara stereo, dan pelbagai lagi.

Beli di Shopee

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress