OnePlus telah pun memperkenalkan OxygenOS 15, versi terkini sistem operasi Android mereka, yang menampilkan reka bentuk minimalis serta pengalaman penggunaan yang lebih pantas dan mesra pengguna. Versi ini hadir dengan pelbagai ciri pintar yang akan menjadikan peranti OnePlus lebih cekap, pintar, dan selamat.
Berikut adalah penawaran baharu dalam OxygenOS 15.
Pertama sekali, Parallel Processing, ciri ini membolehkan pengguna menukar antara 20 aplikasi secara lancar tanpa sebarang lengah, sambil menjimatkan 20% lebih ruang storan berbanding OxygenOS 14.
Selain itu, ciri AI baharu ditawarkan termasuk AI Detail Boost dan AI Unblur yang meningkatkan kejelasan dan resolusi imej dengan satu sentuhan.
AI Reflection Eraser pula membuang pantulan yang tidak diingini dalam gambar. Untuk Intelligent Search, ia memudahkan carian fail dan tetapan melalui respons perbualan. Sementara fungsi Circle to Search membolehkan pengguna mengenal pasti objek dalam foto atau video dengan hanya melingkari item tersebut.
Kepada pengembara, ciri pass scan membolehkan imbasan pas masuk terus melalui kamera.
Selain itu, AI Notes boleh menyalin nota suara dan menyusunnya. Manakala AI Reply menyarankan respon automatik berdasarkan konteks dalam aplikasi mesej dan menjimatkan masa.
Tidak dilupakan juga Google Gemini Live di mana pembantu pintar ini menawarkan respon dalam masa nyata dalam lebih 40 bahasa, menjadikan interaksi lebih mudah hanya dengan arahan suara.
Kemas Kini Reka Bentuk
OxygenOS 15 menampilkan animasi but baharu, ikon baharu, serta penyesuaian skrin kunci yang dipertingkatkan, membolehkan pengguna memperibadikan peranti mereka dengan lebih mendalam. Dari aspek keselamatan, ciri seperti Remote Lock dan Offline Lock memastikan peranti terkunci automatik dan memerlukan pengesahan biometrik untuk tindakan yang sensitif.
OxygenOS 15 menjanjikan peningkatan ketara dalam kelajuan, kecerdasan, dan keselamatan, menjadikannya kemas kini yang dinanti-nantikan oleh pengguna OnePlus.
Buat masa sekarang, sistem operasi tersebut ditawarkan dalam beta sahaja. Anda boleh semak di sini.
{suggest}
Sumber: OnePlus