Instagram kini melancarkan keupayaan untuk meninggalkan komen pada Instagram Stories.
Untuk lebih jelas, Instagram sebelum ini sedia membenarkan pengguna lain membalas Stories, tetapi ia dimasukkan ke bahagian mesej peribadi. Penambahan komen ini memberikan cara lebih umum untuk membalas Stories.
Bermakna, sesiapa sahaja yang melihat Instagram Stories akan dapat melihat komen yang ditinggalkan pengguna lain – seakan komen di siaran (post) Instagram. Jika anda masih ingat, Facebook Story sebelum ini juga mempunyai ciri yang sama, tetapi kini didapati tidak lagi tersedia.
Berbalik kepada konteks, ciri baharu di Instagram Stories ini telah pun dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.
Namun begitu, mungkin ada di antara pengguna yang kurang selesa dan ingin menyahaktifkan ciri ini. Teruskan bacaan di bawah bagi mengetahui cara untuk menutup komen di Instagram Stories.
Cara tutup komen di Instagram Stories
Terdapat dua cara untuk menutup komen di Instagram Stories. Cara pertama, hanya perlu lakukan secara manual setiap kali ingin memuat naik Stories – klik tiga titik dan pilih “Turn off commenting”.
Bagi cara kedua, tetapkan secara default. Untuk cara kedua, ikut langkah di bawah:
- Di halaman utama, leret ke kanan. Kemudian klik pada butang “Camera Settings”.
- Tekan “Story”, dan pilih “Allow comments” di bawah subkategori “Commenting”.
- Seterusnya, pilih kawalan sama ada ingin membenarkan semua orang, pengguna yang diikuti atau matikan. Selain itu, anda juga boleh menyekat komen daripada pengguna tertentu.
Selesai. Itu sahaja tips untuk kali ini, semoga bermanfaat.
{suggest}
Sumber: Instagram