Ini Cara Nak Tahu Aplikasi Mana Yang Banyak 'Spy' Pengguna Di iPhone

Sekiranya anda terlupa atau mungkin tidak tahu, iOS 15.2 hadir dengan fungsi baharu yang mana khusus untuk privasi pengguna. Melaluinya, ia boleh mengetahui aplikasi mana yang selalu 'spy' atau banyak mengambil data daripada pengguna.

Tetapan ini bagaimanapun tidak diaktifkan secara lalai (default). Oleh yang demikian, jika anda mahu mengatifkan fungsi App Privacy Report pada iPhone, ikuti langkah mudah ini:

Buka Settings>Privacy>tatal ke bawah sekali>tekan App Privacy Report



Seterusnya, Turn On App Privacy Report

Apabila anda pertama kali mengaktifkannya, ia tidak dapat data yang secara menyeluruh lagi dan akan mengambil masa dalam beberapa hari sebelum mengetahui data sebenar.

Pada bahagian Data & Sensor Access, anda dapat mengetahui aplikasi mana yang mengakses peranti anda seperti gambar, kamera, kenalan, lokasi dan sebagainya. Ia turut memaparkan bila kali terakhir aplikasi tersebut mengaksesnya.



Pada bahagian App Network Activity, anda boleh mendapatkan maklumat domain mana yang diakses semasa anda menggunakan aplikasi.



Untuk Most Contacted Domains pula, ia akan menyenaraikan aplikasi mana dan bila domain itu digunakan.



Mudah kata, fungsi App Privacy Report ini direka untuk memberikan gambaran macam mana sesebuah aplikasi menggunakan data pengguna. Buat pengetahuan, maklumat laporan tersebut hanya disimpan di dalam peranti sahaja.

Jika anda tidak suka App Privacy Report, anda boleh menutup fungsi ini kembali.



Baca juga:

 

Berkaitan