Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp ip address_1

Ini Cara Lindungi Alamat IP Dalam Panggilan WhatsApp

Diterbitkan November 9, 2023 · Dikemas kini November 9, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah dilaporkan dalam fasa pembangunan pada Ogos lepas, WhatsApp kini mengumumkan ciri lindungi alamat IP dalam panggilan WhatsApp mula tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

Seperti biasa, tidak perlu risau jika belum menerimanya, kerana ia dilepaskan secara berperingkat.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Akses Akaun

Melalui ciri perlindungan alamat IP dalam panggilan, ia menyukarkan pemanggil untuk mengenal pasti lokasi pengguna, sekali gus memberikan perlindungan tambahan.

Tetapan privasi ini berfungsi dengan menyampaikan semua panggilan melalui pelayan WhatsApp. Maknanya, panggilan tidak akan disambungkan secara terus, dan mengelakkan alamat IP didedahkan kepada individu yang dihubungi.

WhatsApp ip address_4

Cara lindungi alamat IP dalam panggilan WhatsApp

Untuk mengakses tetapan melindungi alamat IP dalam panggilan, pastikan aplikasi WhatsApp dikemas kini dalam versi terbaharu. Kemudian, ikut langkah di bawah:

1. Di bahagian “Settings”, pilih “Privacy”.

2. Kemudian tekan pada “Advanced”.

3. Seterusnya, hidupkan atau matikan “Protect IP address in calls”.

WhatsApp ip address_3

Namun, perlu diketahui, kualiti panggilan akan dikurangkan sekiranya mengaktifkan ciri ini. Seperti biasa, panggilan di WhatsApp juga mempunyai penyulitan hujung ke hujung.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY