Ini Adalah 10 Rancangan Popular Netflix Yang Ditonton Oleh Rakyat Malaysia Sepanjang 2019

Tahun 2019 hampir berakhir. Untuk menutup tirai tahun ini, Netflix hari ini telah memperlihatkan 10 rancangan popular yang ditonton oleh rakyat Malaysia sepanjang 2019.

Mengikut Netflix, metrik yang diambil untuk menentukan populariti rancangan adalah melalui bilangan akaun yang menonton rancangan tersebut minimum 2 minit pada 28 hari pertama tayangannya.



Mengungguli carta adalah filem aksi 6 Underground yang dibintangi oleh Ryan Reynolds. Manakala tangga kedua dan ketiga digalas oleh filem komedi misteri Murder Mystery dan juga drama fantasi aksi yang berpandukan permainan video iaitu The Witcher.

Rata-rata rancangan yang berada dalam senarai merupakan genre aksi dan juga romantis menunjukkan rakyat Malaysia meminati genre sebegini.

Namun secara keseluruhan, agak janggal kerana Netflix tidak menyenaraikan rancangan lain yang juga popular seperti Stranger Things, 13 Reasons Why, ataupun Black Mirror.

Difahamkan metrik populariti yang diambil kira oleh Netflix menyebabkan senarai berikut mungkin sedikit aneh dengan apa yang anda jangkakan.

 

Berkaitan