Ini 5 Alasan Mengapa Kami Memilih HONOR View20 Sebagai Flagship Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Reading Time: 4 minutes

Memiliki sebuah peranti kelas perdana atau “flagship” semestinya menjadi impian bagi setiap pengguna telefon pintar hari ini. Namun, adakalanya niat itu sering terhalang atas beberapa sebab.

Antara faktor penghalang yang utama ialah kewangan. Ini kerana kebanyakan peranti flagship memerlukan belanja yang besar untuk dibeli. Boleh dikatakan ia biasanya memerlukan modal melebihi RM2,000.

Ramai yang bertanyakan kepada kami, model telefon kelas perdana apakah yang berbaloi untuk dimiliki? Jawapan kami, HONOR View20. Nak tahu alasannya? Jom, kami beritahu anda.

Berharga Bawah RM2,000

Seperti yang kami katakan tadi, kewangan menjadi antara faktor penting dalam mempengaruhi keputusan pembeli. Mereka sudah semestinya mahukan peranti yang dibeli adalah berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

Untuk HONOR View20 ini, ia didagangkan dengan harga bermula dari RM1,999. Dengan nilai tersebut, anda akan memiliki sebuah peranti yang berkualiti dari setiap sudutnya.

Tidak cukup dengan itu, jika anda mendapatkannya dari laman HiHONOR, anda akan dihadiahkan seutas HONOR Band 4 yang bernilai RM149 secara percuma. Ini bermakna anda sebenarnya hanya membayar RM1,849 untuk membeli HONOR View20 ini.

Kamera 48MP Dengan Sensor Sony IMX586

Ketika ini, banyak pengeluar sudah mula membekalkan peranti mereka dengan lensa kamera 48MP, namun tidak banyak daripadanya yang menggunakan sensor IMX586 keluaran syarikat Jepun, Sony.

Satu lagi sensor 48MP yang sering digunapakai pada telefon pintar hari ini ialah Samsung GM1 ISOCELL. Agak panjang lebar untuk menerangkan perkara ini, cukup untuk anda mengetahui bahawa sensor GM1 ISOCELL bukanlah sensor 48MP sebenar.

Apa kata anda lihat sahaja kualiti hasil gambarnya yang menawan di bawah ini:

Dalam kata mudah, Sony IMX586 ini benar-benar mempunyai sebanyak 48 juta piksel, di mana ia adalah yang terbanyak dalam industri hari ini. Untuk memahami lebih lanjut, anda boleh membaca artikel kami mengenainya di pautan ini.

Skrin Besar Dengan Rekaan Skrin Tebuk

HONOR View20 ini merupakan antara peranti terawal yang menggunakan rekaan skrin tebuk bagi menghentikan penggunaan takuk. Melaluinya, lebih banyak skrin paparan dapat ditawarkan kepada pengguna.

Ia dibantu dengan saiz skrin yang sebesar 6.4-inci yang memberi lebih kepuasan bagi mereka yang gemar menonton video dan bermain permainan video menggunakan telefon pintar.

Oh ya, rekaan skrin tebuk itu digunakan untuk “menyorokkan” lensa kamera swafoto 25MP-nya. Contoh gambar yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Bateri 4,000mAh Dengan Sokongan Pengecasan Pantas

 Apa gunanya memiliki peranti berkuasa tinggi jika anda tidak selalu menggunakannya? Namun jika sering digunakan, pasti kuasa bateri peranti akan lebih cepat kehilangan kuasa. Dengan HONOR View20, anda tidak perlu risau mengenainya.

Ini kerana peranti ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti besar 4,000mAh. Dengan gaya penggunaan yang normal, peranti ini mampu bertahan hampir dua hari tanpa sebarang masalah. Penggunaan normal yang dimaksudkan ialah dengan bermain beberapa permainan video, menonton dua atau tiga episod siri TV dan menatal aplikasi media sosial.

Walau anda kehabisan bateri sekalipun, anda tidak perlu takut. Dengan pengecasan pantas 22.5W yang dibekalkan, HONOR View20 ini akan dapat dicas semula dengan cepat sekali. Bayangkan anda dapat mengecas dari 10% ke 100% hanya dalam masa lebih kurang 1 jam sahaja. Laju, bukan?

Cantik Menawan Diluar, Berkuasa Tinggi Di Dalam

HONOR hadir dengan idea yang berbeza pada kali ini apabila menggunakan teknologi Aurora Nanotexture pada model View20 ini. Anda akan dapat melihat efek berbentuk “V” menghiasi panel belakangnya jika dipandang dari sudut-sudut tertentu. Memang cantik!

Tidak cukup dengan itu, sistem dalaman peranti ini juga tidak kurang hebatnya. Ia dilengkapi dengan cip berkuasa tinggi HiSilicon Kirin 980 yang terkini. Bagi sahaja apa games sekalipun, View20 ini pasti “boleh layan” tanpa masalah.

Tambahan pula, ia dibangunkan dengan pilihan memori bermula 6GB RAM serta ruang simpanan dalaman sebanyak 128GB. Ia sangat sesuai dengan anda yang suka muat turun movies atau drama dalam telefon pintar.

Pendek kata, HONOR View20 ini adalah peranti yang tepat bagi anda yang mahukan sebuah telefon pintar yang serba lengkap, baik dari segi spesifikasi dalaman, kamera yang berkualiti mahupun rupa paras peranti yang menawan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan segera #HONORView20 anda melalui laman HiHONOR dan bergaya serta nikmatilah kecanggihan peranti ini sekarang.