Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unlock iPhone

Cara ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Mask’ Guna Apple Watch

Diterbitkan April 27, 2021 · Dikemas kini Januari 28, 2022 oleh Amsyar Latif

Kemas Kini – iOS 15.4 Beta membolehkan pengguna nyahkunci iPhone walaupun tiada Apple Watch.

iOS 14.5 membawakan banyak ciri baharu kepada pengguna dan antara yang ditunggu-tunggu adalah nyahkunci (unlock) iPhone menggunakan Apple Watch walaupun memakai pelitup muka (mask).

Disebabkan iPhone masih lagi tidak hadir dengan imbasan cap jari pada iPhone X dan ke atas, ciri ini amatlah penting terutama musim pandemik ini.

Oleh itu, di sini adalah cara bagaimana untuk mengaktifkan fungsi tersebut. Buat makluman, ia hanyalah untuk ‘unlock’ sahaja. Perkara lain seperti menggunakan pembelian di App Store tidak boleh.

Terlebih dahulu, iPhone anda mestilah yang menyokong Face ID dan menjalankan sistem operasi iOS 14.5. Sementara Apple Watch pula menjalankan WatchOS 7.4.

Setelah kemas kini selesai, ikuti langkah ini pula:

Pergi ke settings. Pilih Face ID & Passcode dan masukkan kata laluan anda.

face ID & passcode

Kemudian, tatal ke bawah sehingga kelihatan “Unlock With Apple Watch“ dan klik on.

watch OS

Selain itu, anda juga perlu mengaktifkan kata laluan pada Apple Watch. Caranya adalah, buka aplikasi Watch dan pilih passcode>turn passcode on. Kemudian, pilih unlock with iPhone.

unlock iPhone 2

Akhirnya, iPhone anda kini sudah boleh dinyahkunci menggunakan Apple Watch walaupun memakai pelitup muka. Ketika berbuat demikian, anda akan menerima maklum balas haptic dimana ia memberi tahu peranti sudah dinyahkunci.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY