Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple tap to pay

Fungsi Baharu Apple Sentuh Untuk Bayar Mungkin Diperkenalkan Pada iOS 15.4

Diterbitkan Januari 28, 2022 · Dikemas kini Januari 28, 2022 oleh Faiz Munir

Laporan daripada Bloomberg melaporkan bahawa Apple kini sedang menghasilkan fungsi baharu di mana pengguna iPhone membuat transaksi kad kredit tanpa memerlukan pembaca kad kredit.

Seperti di Malaysia, jika kita hendak membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit, peniaga akan mengeluarkan pembaca kad yang mana kita perlu sentuh kad kita pada peranti tersebut.

Fungsi yang akan dibawakan oleh Apple adalah lebih kurang serupa tetapi kita hanya perlu sentuh kad kita pada iPhone sahaja tanpa memerlukan pembaca kad.

Fungsi Baharu Apple Sentuh Untuk Bayar Mungkin Diperkenalkan Pada iOS 15.4

Teknologi yang digunakan adalah NFC yang mana teknologi ini jugalah yang digunakan pada Apple Pay dan Samsung Pay.

Dikatakan mungkin pengguna Apple akan menerima fungsi ini pada kemas kini iOS 15.4 beberapa bulan dari sekarang.

Apple berusaha melancarkan fungsi ini selepas syarikat tersebut membeli Mobeewave pada tahun 2020 dengan harga lebih kurang  $100 juta (~RM420 juta). Sebelum itu, Samsung yang membeli Mobeewave ini tetapi projek tersebut telah dihentikan pada tahun 2019.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • iPhone Akhirnya Boleh ‘Unlock’ Walaupun Pakai Pelitup Muka
  • iPhone 14 Mungkin Ada Pilihan Varian Dengan Slot eSIM Sahaja
  • Anda Pakai iPhone Dan Hebat Ambil Gambar? Sertai Cabaran Apple Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY