Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Cara Untuk Mengendalikan Peranti Android Yang Rosak

Ini 11 Jenis Kemalangan Dan Kerosakan Telefon Pintar Yang Paling Biasa Berlaku Di AS Tahun Lalu

Diterbitkan Mac 16, 2024 ยท Dikemas kini Mac 16, 2024 oleh ariff bukhari

Telefon pintar kini bukanlah sesuatu yang asing lagi pada semua. Malah kanak-kanak pun sudah dibiasakan dengan peranti pintar ini seawal usia bayi mereka.

Insiden kerosakan telefon pintar juga sememangnya kerap berlaku yang melibatkan pelbagai jenis kerosakan seperti skrin retak, tepi tercalar dan butang rosak yang berpunca dari pelbagai insiden.

Menurut statistik terkini daripada Allstate Protection Plans, sejumlah 78 juta pemilik telefon pintar di AS merosakkan telefon mereka pada 2023.

Jumlah wang yang dibelanjakan untuk membaiki skrin yang rosak itu pula merekodkan sebanyak USD8.3 bilion pada tahun lepas. Jumlah itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding USD3.4 bilion yang dibelanjakan pengguna di sana pada 2018 dahulu.

Pada tahun-tahun sebelumnya, kerosakan air adalah masalah terbesar yang dihadapi pemilik telefon pintar, tetapi itu bukan lagi menjadi masalah utama pada hari ini kerana telefon moden boleh bertahan daripada tenggelam di dalam air (atau tandas). Kalau anda perasan, ini salah satu sebab utama untuk memiliki peranti yang mempunyai penarafan kalis air dan debu.

Walau apa pun, ini adalah senarai 11 jenis kemalangan dan kerosakan yang paling kerap dilaporkan di AS menurut Allstate:-

  1. Skrin rosak (67%)
  2. Wi-Fi atau isu sambungan (28%)
  3. Masalah skrin sentuh (24%)
  4. Port pengecasan longgar atau rosak (22%)
  5. Kerosakan air (21%)
  6. Bateri tidak berfungsi dengan baik (21%)
  7. Sudut/tepi sumbing (20%)
  8. Isu pembesar suara (17%)
  9. Sudut/tepi kemek (15%)
  10. Kamera tidak berfungsi dengan betul (14%)
  11. Mikrofon tidak berfungsi dengan betul (11%)

Menurut Allstate lagi, kos pembaikan kekal menjadi kebimbangan utama bagi pengguna di sana di mana hampir separuh (49%) rakyat Amerika tidak akan membaiki telefon pintar mereka yang rosak tetapi masih lagi mampu berfungsi kerana kos yang tinggi untuk membaikinya.

Kalau situasi di Malaysia sekalipun, kos untuk membaik pulih telefon pintar pun bukanlah murah juga.

Bagi anda pula, adakah anda akan membaiki telefon pintar atau membeli sahaja yang baharu?

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Allstate Protection Plans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY