Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Zero 30 5G Bakal Tiba Di Malaysia 2 November Depan

Infinix Zero 30 5G Bakal Tiba Di Malaysia 2 November Depan

Diterbitkan Oktober 25, 2023 oleh Muhd Idham

Setelah telefon pintar Infinix Zero 30 diumumkan secara global pada September yang lalu, kini ketibaannya di Malaysia telah disahkan, iaitu pada 2 November 2023.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan AMOLED melengkung berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi 1080 x 2400. Walaupun mempunyai kecerahan puncak 950 nits, peranti ini mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass.

Infinix Zero 30 5G Bakal Tiba Di Malaysia 2 November Depan

Selain itu, peranti ini menggunakan IP53 untuk rintangan habuk dan percikan air serta dwi pembesar suara dan port USB jenis C.

Infinix Zero 30 menggunakan cip MediaTek Dimensity 8020 serta mempunyai konfigurasi 12GB RAM + 256GB storan dan boleh dibesarkan lagi dengan memori maya sebanyak 21GB. Bateri peranti ini berkapasiti 5,000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 68W.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=706023924888417&set=a.649801757177301

Telefon pintar ini menjalankan Android 13 melalui XOS 13 Infinix dan dilengkapi juga dengan Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth dan sambungan wayarles NFC.

Untuk bahagian kamera belakang, peranti ini mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada 108MP dengan OIS sebagai kamera utama, ultra lebar 13MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP yang membolehkannya merakam video 4K pada 60 fps.

Infinix Zero 30 5G Bakal Tiba Di Malaysia 2 November Depan
Infinix Zero 30 5G Bakal Tiba Di Malaysia 2 November Depan
Infinix Zero 30 5G Bakal Tiba Di Malaysia 2 November Depan

Telefon pintar ini akan hadir dengan tiga jenis warna iaitu Rome Green, Golden Hour dan Fantasy Purple. Walaupun harga tempatan masih belum diketahui lagi, harga Infinix Zero 30 di India adalah INR23,999 atau ~RM1,382.20.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan harga rasminya minggu depan.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Tak Sampai 2 Bulan, iPhone 15 Dah Dijual Dengan Harga Diskaun Di China
  • Kilang Pembuatan Kenderaan EV Pertama Malaysia Akan Dibina Di Melaka
  • Clash Of Clans Kini Di Skrin Besar

Sumber: Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY