Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTBuds 4 KV

Infinix Lancar GTBuds 4 Dengan Harga RM229

Diterbitkan Disember 12, 2025 oleh ainabatrisyia

Infinix melancarkan GTBuds 4 yang direka untuk mereka yang mahukan audio berkualiti tinggi. Hadir dalam warna putih, dengan harga RM229.

Dengan ciri Pembatalan Hingar Aktif 30dB dan Bluetooth 6.0 khas untuk audio responsif sepanjang permainan. Didatangkan dengan reka bentuk Illuminate Avant-Garde yang moden serta dipacu 12.4mm titanium diaphragm.

Earbuds ini menawarkan masa penggunaan sehingga 34 jam, termasuk 7.5 jam muzik berterusan dan 5 jam panggilan HD. Pengecasan pantas 10 minit mampu memberikan sehingga 2 jam penggunaan.

Dihadirkan dengan perlindungan habuk dan percikan air IP54, untuk ketahanan dalam pelbagai keadaan. Pengguna juga mudah beralih antara panggilan, permainan dan muzik dengan sokongan penyambungan dua peranti serentak.

Infinix End Year

Infinix tutup tahun 2025 dengan tawaran promosi menarik merentas ekosistem Infinix.

Dengan promosi Infinix End Year Penuh Bergaya XMAS, pelanggan boleh nikmati diskaun 30% untuk Infinix XBand. GTBuds 4 + Sarung Siri GT30 pula boleh ditawarkan pada RM149 dengan pembelian mana-mana telefon pintar Siri GT30 dalam promosi PWP. Tawaran promosi ini akan tersedia selagi stok masih ada, sepanjang kempen berlangsung.

Pelanggan boleh mendapat satu pusingan roda ganjaran Infinix dengan pembelian mana-mana telefon Siri GT30 atau Siri NOTE 50. Pelanggan berpeluang memenangi hadiah eksklusif dengan setiap pusingan.

Setiap pembelian peranti AIoT atau peranti dari Siri GT30 dan NOTE 50 pula pelanggan akan menerima Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Diamond Chest Scratch Card secara percuma.

Lawati Infinix Brand Stores di seluruh negara untuk menikmati tawaran eksklusif ini. Perkembangan dan maklumat lanjut boleh didapatkan di laman rasmi, Facebook, Instagram dan TikTok Infinix Malaysia.

Berkaitan

  • Tablet Infinix XPAD 20 Pro Tiba Di Malaysia – Harga Rasmi RM999
  • Telefon 'Gaming' Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia, Indonesia Dan Filipina
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY