Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Biarpun Telefon Sedang Dibaiki, Fungsi Privasi Baharu Samsung Mampu Jaga Data Pengguna

Biarpun Telefon Sedang Dibaiki, Fungsi Privasi Baharu Samsung Mampu Jaga Data Pengguna

Diterbitkan Oktober 26, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Sebelum ini, Samsung telah mencuba pelbagai ciri-ciri yang mengukuhkan lagi keselamatan telefon pintarnya. Kini, secara rasminya, Samsung telah melancarkan ciri keselamatan yang baharu ini.

Dubbed Maintenance Mode merupakan satu ciri di mana ia akan melindungi kesemua maklumat peribadi pengguna termasuklah gambar, aplikasi dan juga mesej dan kenalan.

Jika ciri ini sudah tersedia di dalam peranti, pengguna akan menjumpainya di bawah “Battery and device care“ di ruang tetapan.

samsung maintenance mode

Dengan pengaktifan ciri ini, juruteknik yang bertanggungjawab untuk proses pembaikkan akan menggunakan akaun yang berlainan sepanjang proses itu berlangsung. Kesemua aplikasi dan data yang digunakan oleh juruteknik akan dibuang secara automatik sebaik sahaja pengguna menerima telefonnya semula dan menyahaktifkan ciri tersebut.

Berkaitan

  • Mengenang Google Nexus, Siri Legenda Sebelum Pixel "Terkenal Di Bukit Bintang"
  • Siri Samsung Galaxy S22 Mula Terima Kemas Kini One UI 5.0 Berasaskan Android 13
  • K-KOMM Terima 14 Kes Berkaitan Jual PerantiSiswa, Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat
  • Cara Menjadikan Gambar Sabagai Latar Belakang "Transparent" Pada Word
  • One UI 5.0 Mula Dilepaskan, Mari Semak Bila Peranti Samsung Anda Akan Dapat

Juruteknik boleh memasang apa-apa aplikasi yang harus digunakan tetapi dia tidak boleh melihat aplikasi yang digunakan oleh pengguna. Ciri ini boleh dinyahaktifkan semula sebaik sahaja pengguna mengesahkan identitinya.

Buat masa ini, hanya pengguna siri Galaxy dan mempunyai One UI 5.0 sahaja yang akan menerima ciri tersebut. Ia dijangka akan tersedia secara meluas pada tahun 2023. Jadi, kebanyakan akses ciri-ciri yang baharu akan diterima oleh Galaxy s22 terlebih dahulu.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY