Infinix GT 20 Pro Diperkenal - Cip Dimensity 8200 Ultimate Dan Cip Khas Untuk Skrin

Jika tahun lalu, Infinix GT 10 Pro merupakan antara telefon pintar yang ramai minat dan kami juga pilih ia sebagai telefon pertengahan terbaik bagi tahun 2023.

Kini, Infinix telah melancarkan penggantinya menerusi Infinix GT 20 Pro. Ia dikuasakan cip Dimensity 8200 Ultimate yang dipadankan memori 8GB atau 12GB RAM (sehingga 24GB RAM maya) LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Selain itu, ia juga hadir dengan cip X5 Turbo Visual, iaitu pemproses yang khas untuk mempertingkatkan kadar bingkai bagi menawarkan permainan lebih lancar serta kualiti gambar.



Tambahan lagi, Infinix GT 20 Pro juga didatangkan mod esukan yang mana ia dikhususkan untuk prestasi permainan lebih baik dan tiada gangguan lain.

{suggest}

Dari segi sistem penyejukan, Infinix memberikan 73% lebih besar bagi VC liquid cooling system dan ia dikatakan 66% lebih baik dalam pengaliran haba untuk menyejukkan peranti.



Infinix GT 20 Pro turut dilengkapi paparan 6.78" 144Hz FHD AMOLED dengan 1300 nits. Untuk fotografi, telefon ini menawarkan 108MP utama bersama-sama dua lagi lensa 2MP serta 32MP untuk swafoto.

Bateri sebesar 5,000mAh dibekalkan dengan sokongan 45W pengecasan pantas. Melengkapkannya adalah dwi-pembesar suara yang ditala JBL dan sokongan DTS serta audio Hi Res.

Lain-lain adalah NFC, rangkaian 5G dan menjalankan XOS 14 yang mana mereka menjanjikan dua tahun kemas kini Android dan tiga tahun sekuriti.

Infinix GT 20 Pro dijual pada tanda harga SAR1299 (~RM1654) di Arab Saudi. Untuk pasaran Malaysia, sama-sama kita nantikan pada 2 Mei ini.

Beli produk Infinix di:

Shopee: https://invl.io/clklmh5

Lazada: https://invol.co/clklmh9

Sumber: Infinix

Foto utama: GSMarena