Berdasarkan Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) 2017, Malaysia berjaya menduduki tangga ketiga, dibelakang Singapura dan Amerika Syarikat yang masing-masing berada di kedudukan pertama dan kedua.
Untuk tersenarai dalam indeks ini, beberapa faktor penilaian diproses berdasarkan lima aspek iaitu...
- Perundangan
- Teknikal
- Organisasi
- Pembinaan keupayaan
- Kerjasama.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (CSM) Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab, tahap keselamatan siber dalam industri di Malaysia masih lagi di bawah paras yang sepatutnya.
Hal ini kerana, syarikat memandang perkara itu sebagai kos dan bukannya pelaburan perniagaan. Beliau turut menambah, Malaysia menyasarkan 10,000 pakar keselamatan siber dapat dilahirkan dalam masa 3 tahun lagi.
Sumber: BH Online, Laporan Lengkap GCI 2017
Berkaitan
- Samsung Dilapor Batalkan Pengeluaran Galaxy M41
- Cara Untuk Membersihkan Entri Autofill Yang Tidak Diingini Di Google Chrome
- iPad 9.7 Inci Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Harga Bermula Dari RM1549
- Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Telefon Mati Secara Tiba-Tiba
- 500 Pembeli Terawal Galaxy S20 Bakal Dapat TV 50 Inci
- Huawei Perkenal Nova 5, Nova 5 Pro Dan Nova 5i
- Xiaomi Mi CC9 Dirasmikan Dengan Snapdragon 710 Dan Kamera 48MP
- Gigabyte Perkenal Unit Pemproses Grafik Low Profile GTX 1050 Dan 1050Ti
- Papan Iklan Apple Dikatakan Menyindir Google, Android Dan Alexa
- Apa Perkembangan Terbaru Tentang PlayStation 5