Implan Otak Kini Berjaya Buatkan 'Penulisan' Hanya Dengan Berfikir

Para saintis di Universiti Stanford kini mencipta rekod dimana mereka berjaya membuatkan lelaki lumpuh untuk 'menulis' dengan hanya berfikir sahaja. Mereka telah menerbitkan hasil kajian itu di Nature dan membentangkannya semasa acara telesidang sains yang dipanggil WE Summit.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, lelaki tersebut mampu untuk taip 90 abjad per minit yang mana ini adalah peningkatan besar berbanding sebelum ini. Buat pengetahuan, implan pada otak terdahulu hanya membenarkan pengguna untuk menggerakkan cursor pada abjad yang terperinci. Ibarat kita bayangkan kita sedang menaip pada papan kekunci di skrin.

Jadi, implan terbaru ini akhirnya membolehkan pengguna untuk bebas menulis apa sahaja sepertimana yang difikirkan di dalam otak.

Teknologi implan baharu tersebut dinamakan sebagai brain-computer interface (BCI) yang mana menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi menafsir signal aktiviti saraf otak. BCI itu kemudian menyahkod pergerakan penulisan tangan.



Secara asasnya, lelaki yang lumpuh itu hanya perlu membayangkan bahawa beliau sedang memegang sebatang pen bersama kertas. Seterusnya, beliau hanya perlu berfikir seolah-olah sedang menulis.



Elektrod yang diimplan di dalam otak mengesan aktiviti tersebut dan satu algoritma menyahkod corak perbuatan itu bagi setiap abjad. Kemudian, corak yang 'ditangkap' diterjemahkan ke dalam bentuk teks dan terpapar di skrin. Oleh itu, teknologi ini boleh dikatakan sebagai sistem otak-ke-teks.

Tambahan lagi, ketika ujian dijalankan, ia berjaya mencapai 94% ketepatan atau seperti yang dinyatakan 90 abjad bagi setiap minit. Ini merupakan rekod dunia baharu dalam "brain-computer interface".

Memetik kata-kata salah seorang saintis dalam projek ini, Krishna Shenoy, seorang neurosaintis dan jurutera menyatakan bahawa sekiranya bidang ini dikembangkan lagi pada masa hadapan, mungkin akan ada banyak perkara lain yang boleh dilakukan nanti untuk tugasan yang lebih meluas.

Sumber: science alert, scmp

Foto utama: medium

Baca juga: