Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
A couple chats while posing for a photo with blooming cherry blossoms in Kyoto

Jepun Beri Dana Untuk Pembangunan Kecerdasan Buatan Dalam Bantu Cari Jodoh

Diterbitkan Disember 9, 2020 oleh Amsyar Latif

Jepun terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang kuat bekerja. Disebabkan ini juga, kebanyakan rakyatnya masih belum berkahwin.

Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, kerjaan Jepun akan memberikan dana untuk teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu rakyatnya mencari jodoh.

Menurut Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, sebanyak ¥2 bilion (~RM7 bilion) akan diberikan kepada mana-mana syarikat tempatan untuk membangunkan teknologi ini.

Berbeza dengan sistem atau agen cari jodoh, AI akan menganalisis data minat atau hobi pengguna dengan lebih pantas berbanding yang dikendalikan manusia.

Inisiatif yang dijalankan ini juga adalah untuk meningkatkan kadar kelahiran dan mengekalkan populasi rakyat di negara matahari terbit itu.

Penduduk di Jepun ramai yang semakin tua yang juga disebabkan jangka hayat yang panjang. Ia menimbulkan masalah bagi negara itu dalam memastikan ketersediaan tenaga kerja pada masa hadapan.

Sumber: japantimes

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY