Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy s20+

Imej Sebenar Samsung Galaxy S20+ Diperlihatkan

Diterbitkan Januari 13, 2020 oleh Meor Hasyim

Seperti yang diketahui, untuk tahun ini Samsung tidak akan menggunakan penamaan S11, sebaliknya S20 yang akan digunakan. Spesifikasi dan gambar janaan computer telah didedahkan sebelum ini dan hanya menunggu imej sebenar untuk mengesahkan ura-ura yang tersebar. Namun, hari ini imej sebenar salah satu model tersebut iaitu Galaxy S20+ telah dimuatnaik ke arena web.

Menurut sumber, imej ini secara tidak langsung mengesahkan beberapa spesifikasi yang menjadi khabar angin sebelum ini. Pertamanya, ia sah menggunakan kamera rekaan berkotak di bahagian belakang dan juga rekaan punch-hole di bahagian hadapan. Dikatakan bahagian sisi skrin untuk S20+ ini akan kurang melengkung tidak seperti model sebelumnya seperti S10 dan juga Note 10. Sumber mendakwa bahawa lengkungan di sisi paparan hamper seakan rata seperti Pixel 2 XL. Jika benar, ini mungkin perubahan besar untuk model flagship siri S memandangkan siri tersebut sememangnya terkenal dengan sisi melengkung yang tidak disukai sesetengah pengguna.

Imej Sebenar Samsung Galaxy S20+ DiperlihatkanSamsung Galaxy S20+

Jika anda biasa dengan penamaan pada flagship Samsung, model dengan nama “+” biasanya merupakan model tertinggi untuk siri tersebut. Untuk siri S20, model tertinggi akan diletakkan dengan nama “Ultra”. Jadi akan ada S20, S20+, dan S20 Ultra sebagai model asas untuk variasi siri S20.

Berita gembira untuk peminat Samsung, untuk Galaxy S20+ ini, ia tidak mempunyai butang Bixby. Jadi tidak akan lagi pengaktifan Bixby secara tidak sengaja. Sumber mendakwa kamera utama akan dilengkapi dengan sensor 12MP dengan saiz pixel 1.8 micron yang besar. Bersama-sama dengan itu, ia akan mempunyai lensa ultralebar, telephoto, serta lensa keempat yang dikatakan makro.

Peranti ini akan dilancarkan 11 Februari nanti bersama-sama dengan Galaxy Fold yang baharu. Dengan hari pelancaran yang semakin dekat, semestinya akan banyak lagi maklumat mengenai spesifikasi dan rekaan peranti ini akan diperlihatkan.

Sumber: Xda-developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY