Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAX TGV 1 Utama

IMAX Laser Dengan Teknologi Bunyi 12 Saluran Kini Berada Di TGV 1 Utama

Diterbitkan Disember 1, 2023 · Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh Amal Addin

TGV 1 Utama menjadi pawagam ketiga milik TGV Cinemas yang dipasangkan teknologi IMAX dengan Laser dan teknologi bunyi 12 saluran selepas TGV Pavilion Bukit Jalil dan TGV Sunway Velocity.

Dengan adanya teknologi terbaharu ini, ia dapat mengukuhkan lagi kedudukan TGV Cinemas dalam pasaran teknologi IMAX di Malaysia. TGV merupakan pawagam yang terbanyak mempunyai teknologi IMAX dengan Laser dan teknologi bunyi 12 saluran.

Selain itu, pawagam IMAX di TGV 1 Utama turut memperbaharui tempat duduk penonton bagi menjamin tahap keselesaan dan pengalaman tontonan para penonton.

IMAX Laser Dengan Teknologi Bunyi 12 Saluran Kini Berada Di TGV 1 Utama

Untuk pengetahuan pembaca, IMAX dengan Laser merupakan teknologi yang menyediakan imej yang lebih tajam, jelas dan realistik sekali gus menampakkan imej tersebut lebih nyata pada skrin besar.

Selain kualiti visual, kualiti audio turut dinaik taraf dengan teknologi bunyi 12 saluran di dalam dewan. Ia menawarkan kualiti bunyi yang lebih ampuh dan imersif yang dapat didengari oleh penonton.

Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas menyatakan bahawa dalam tempoh dua bulan sahaja pihak mereka telah memperkenalkan IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di tiga lokasi iaitu TGV Pavilion Bukit Jalil, TGV Sunway Velocity dan TGV 1 Utama.

Mereka berhasrat untuk sentiasa menaik taraf dan meningkatkan inovasi sinematik untuk memberikan lebih banyak pengalaman tontonan filem terbaik di pelbagai lokasi akan datang.

Pengalaman IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran boleh mula dirasai pada tanggal 2 Disember 2023 iaitu pada Sabtu ini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman rasmi TGV Cinemas.

Berkaitan

  • GSC IOI City Mall Dibuka, IMAX Pertama Di Malaysia Dengan Teknologi Laser
  • BenQ Lancar Projektor Pawagam Rumah Berharga Lebih RM14 Ribu
  • Neuralink Dapat Dana Lagi Sebelum Ujian Ke Atas Manusia Dijalankan
  • Teknologi AI Bantu Atasi Kekurangan Pakar Keselamatan Siber - Fahmi Fadzil
  • Johor Akan Naik Taraf Jalan Guna Teknologi 'Glow In The Dark'

Sumber: Siaran Akhbar TGV Cinemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY